Benarkah Tun Mahathir Pusing Lagi Dengan Retorik Anti-China?

... retorik anti-China dijadikan bahan kempen dan fitenah sebagai agenda utama menuju PRU14 ...

TUN MAHAHTIR ‘PUSING LAGI’, SEKARANG MALAYSIA MAHU PELABURAN CHINA

Retorik semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang mengatakan negara Malaysia sedang dijual kepada China, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu wawancara mengatakan Malaysia mengalu-alukan pelaburan China.

Bercakap kepada South China Morning Post dalam wawancara Perdana Menteri berkata sebagai sebuah negara perdagangan, Malaysia tidak mahu terlibat dalam krisis dengan mana-mana negara.

“Kami mengalu-alukan pelaburan asing langsung dari mana-mana, tentu sekali dari China,” kata Mahathir.

Penjelasan ini membuktikan yang retorik anti-China yang dijadikan bahan kempen dan fitenah sebagai agenda utama menuju PRU14 lalu tidak jujur dan menyelewengkan fakta sebenar.

Apa yang dilakukan sepanjang kempen PRU14 ialah kempen menakut-nakutkan tentang China, sehingga menyebabkan ramai percaya dengan penipuan dan percaya China akan dihalang daripada meneruskan projek di Malaysia.

Dalam satu lawatan beliau ke kawasan perindustrian di Gebeng, dekat Kuantan, Pahang, Mahathir memberi gambaran yang amat menakutkan tentang pelaburan dan pengaruh China.

Beliau yang juga dikenali sebagai bapa projek mega mengecam kuat projek ini, dan lebih melucukan, menyebut papan tanda yang langsung tidak ada bahasa kebangsaan, bahasa yang beliau sendiri pinggirkan.

Saksikan sendiri retorik cakap tak serupa bikin beliau, yang mengkritik hingga kepada penggunaan bahasa kebangsaan yang beliau sendiri tidak pedulikan.

Kempen jahat mengunakan ini juga memburukkan secara maksima bekas Perdana Menteri, dijadikan bahan fitenah yang didakwa menjual negara kepada China.

Rakyat perlu tahu begitu mudah rakyat malaysia dioerbodohkan oleh tun mahathir sangup melakukan apa pun mahu pun melakukan fitenah dan memutar belit fakta untuk kempentingan beliau dan terus memastikan kekayaan anak anak beliau dan kroni untuk terus mengumpulkan kekayaan dalam negara

Dato Azwanddin Hamzah
Presiden
Jaringan Melayu Malaysia (JMM)
22/06/2018
https://www.facebook.com/datoazwanddinhamzah/posts/1668053209911093


Benarkah Tun Mahathir Pusing Lagi Dengan Retorik Anti-China? Benarkah Tun Mahathir Pusing Lagi Dengan Retorik Anti-China? Reviewed by admin on 10:34 AM Rating: 5

No comments