Benarkah Makanan Daun Pisang Penyebab Jangkitan Virus Nipah?

...susulan kes kematian di sebuah hospital swasta akibat dari memakan makanan yang dibalut dalam daun pisang


Mesej WhatsApp Tentang Kematian Akibat Jangkitan Virus Nipah Dari Makanan Daun Pisang Tidak Benar, Kata KKM


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menafikan mesej WhatsApp yang sedang menular ke dalam rangkaian Media Sosial berkenaan kes kematian di sebuah hospital swasta akibat dari memakan makanan yang dibalut dalam daun pisang.

Dalam satu kenyataan pada hari Selasa, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata pihak kementerian telah menjalankan siasatan dan mendapati tiada pesakit berkaitan yang dimasukkan ke hospital.

Mesej WhatsApp tersebut mengatakan bahawa seorang wanita mengalami kesukaran bernafas akibat dari memakan makanan yang dibalut daun pisang disyaki terkena jangkitan Virus Nipah.

Dr Khalid meminta pihak awam jangan mempercayai mesej yang tidak disahkan kebenarannya.

Beliau berharap pihak awam mendapatkan kepastian dari kementerian sebelum berkongsi maklumat yang salah.

Sumber:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/06/19/message-linking-nipah-virus-to-food-wrapped-in-banana-leaf-not-true/
Benarkah Makanan Daun Pisang Penyebab Jangkitan Virus Nipah? Benarkah Makanan Daun Pisang Penyebab Jangkitan Virus Nipah? Reviewed by admin on 11:09 PM Rating: 5

No comments