Benarkah Gobind Minat Pasukan Brazil?
Kita saksikan apa yang bakal terjadi
Benarkah Gobind Minat Pasukan Brazil?
PUTRAJAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akhirnya telah menerima tajaan berjumlah RM30 Juta dari dua penyumbang utamanya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
Menurut Gobind Singh, Maxis selaku Platinum Sponsor telah menaja sebanyak RM18 Juta manakala Air Asia selakuGold Sponsor pula menaja sebanyak RM12 Juta.
"Kos hak penyiaran berjumlah RM30 Juta. Kami membuat perjanjian yang spesifik. Jika kami terima tajaan tambahan, kami akan siarkan lebih banyak perlawanan. Hal ini masih dalam perbincangan."
Gobind berkata demikian ketika melancarkan siaran percuma FIFA World Cup 2018 RTM di kementeriannya.
Sebanyak 41 dari 64 perlawanan yang dihoskan oleh Negara Rusia akan disiarkan di antara 14 Jun hingga 15 Julai.
Dari 41 perlawanan, 28 adalah siaran langsung manakala selebihnya adalah siaran tertunda. Siaran akan dipancarkan melalui TV1 dan TV2.
Gobind Singh, yang merupakan peminat pasukan bolasepak Brazil, berkata beberapa syarikat korporat lain sedang dalam rundingan dengan RTM untuk menaja kos-kos lain seperti promosi dan sebagainya.
Ketika ditanya harapannya pada pasukan Brazil, Gobind yakin Brazil akan bermain dengan baik meskipun dibarisi pemain baru.
"Saya adalah peminat Brazil semenjak kecil. Saya sentiasa mengikuti pasukan tersebut. Kita saksikan apa yang bakal terjadi.", kata beliau.
Sumber:
http://www.bernama.com/en/news.php?id=1471512
Benarkah Gobind Minat Pasukan Brazil?
Reviewed by admin
on
11:58 AM
Rating:
No comments