Benarkah KJ tidak setuju UMNO Bergabung Dengan PAS?

saya tidak setuju gabung secara rasmi malah dengan mana-mana parti termasuk parti dalam kerajaan


KJ tanding jawatan Naib Presiden Umno

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan akan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti, 30 Jun ini.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata beliau sudah mengisi borang pencalonan dalam talian petang tadi, sebaik sahaja pencalonan untuk pemilihan Umno bagi semua jawatan dalam parti mula dibuka hari ini.


“Ramai yang bertanya mengapa tidak bertanding jawatan yang lebih tinggi? Tetapi saya rasa itulah tempat paling sesuai untuk saya buat masa ini. Jadi tidak timbul spekulasi mengenai perkara tersebut,” katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa anjuran Pemuda Umno di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Khairy tidak bersetuju dengan cadangan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengenai penggabungan Umno bersama Pas bagi membentuk kuasa Melayu lebih kukuh selepas PRU14.

“Dengan Pas saya tidak setuju gabung secara rasmi malah dengan mana-mana parti termasuk parti dalam kerajaan. Ia bergantung kepada isu dan dasar yang mahu diperjuangkan,” katanya. - Bernama

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/politik/kj-tanding-jawatan-naib-presiden-umno-1.841559
Benarkah KJ tidak setuju UMNO Bergabung Dengan PAS? Benarkah KJ tidak setuju UMNO Bergabung Dengan PAS? Reviewed by admin on 11:40 PM Rating: 5

No comments