Benarkah Calon Ketua Pemuda UMNO Umur 48 Tahun Memalukan?

Kalau sampai Jamal Yunos umur 48 tahun pun nak bertanding Ketua Pemuda Umno, saya tak tahulah dunia mana yang kira 48 tahun ini anak muda?


Calon Ketua Pemuda Umno 48 tahun? Memalukan…


SHAH ALAM - Umno seolah-olah ketandusan tokoh anak muda apabila Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang berumur 48 tahun menawarkan diri sebagai calon Ketua Pemuda parti itu.

Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sepatutnya pemimpin muda perlu berusia 35 tahun ke bawah mengikut Dasar Belia Malaysia yang dirangka bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.


“Parti-parti politik lain kalau boleh pemimpin mudanya biarlah bawah 35 tahun. Tetapi kalau Umno susah sangat, sekurang-kurangnya bawah 40 tahun.

“Kalau sampai Jamal Yunos umur 48 tahun pun nak bertanding Ketua Pemuda Umno, saya tak tahulah dunia mana yang kira 48 tahun ini anak muda? Memalukan Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurut beliau, satu budaya politik sihat perlu diwujudkan di mana semua parti politik berlumba-lumba untuk mengangkat suara anak muda.

“Saya rasa ada ramai pemimpin muda dalam Umno, cuma tak diberi ruang. Kalau ada tokoh anak muda dari Umno, kita di Bersatu akan berlumba-lumba untuk pastikan wakil anak muda dalam parti diperkasakan, Pas pun begitu.

“Apabila suara anak muda diangkat, kita semua akan berjaya bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq secara peribadi berpandangan Exco Pemuda Umno, Shahril Hamdan layak memegang jawatan Ketua Pemuda Umno.

“Saya agak bias kepada Shahril kerana beliau merupakan rakan saya sebelum ini. Beliau juga pernah berdebat dan berdialog dengan saya.

“Saya rasa itu salah satu ciri kepimpinan yang ada pada beliau. Tetapi bukan niat saya untuk ‘endorse’ beliau berbanding calon lain,” katanya.

Selain Jamal, tiga calon lain yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno ialah Khairul Azwan Harun, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Syed Rosli Jamalullail.

Kesemua mereka berumur atas 40 tahun.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/calon-ketua-pemuda-umno-48-tahun-memalukan-1.842870
Benarkah Calon Ketua Pemuda UMNO Umur 48 Tahun Memalukan? Benarkah Calon Ketua Pemuda UMNO Umur 48 Tahun Memalukan? Reviewed by admin on 11:07 PM Rating: 5

No comments