Tiong King Sing mohon maaf

SHAH ALAM, 15 Nov - Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing hari ini  memohon maaf atas keterlanjuran kata sewaktu perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

King Sing yang juga Duta Khas kepada Perdana Menteri ke China itu berkata, beliau tidak berniat untuk menghina semua barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, doktor dan jururawat.


Ujar beliau, bagi memastikan persidangan Dewan Rakyat lancar selain kepentingan serta keharmonian negara, beliau membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021.


"Langsung tidak terdetik untuk saya menafikan amalan mulia semua barisan doktor, jururawat, barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah).


"Saya tidak mahu kerana saya, seluruh urusan Dewan Rakyat yang mulia ini terganggu," ujar beliau dalam kenyataan hari ini.

Tiong King Sing mohon maaf Tiong King Sing mohon maaf Reviewed by admin on 6:27 PM Rating: 5

No comments