Benarkah JAKIM Telah Tersasar Daripada Tujuan Penubuhannya?
Kalau dia seorang ulama, dia buat tafsiran kita ikut dia, sampai ke tahap yang kita anggap orang lain ini tidak Islam, kafir
Jakim tersasar daripada tujuan asal penubuhan
PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tersasar daripada tujuan asal penubuhannya untuk memberi panduan kepada umat Islam.
Justeru, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan beberapa individu termasuk tokoh agama.
“Pertemuan itu bagi mendapatkan input daripada mereka terhadap Jakim,” katanya.
Menurutnya, setiap setiap individu Muslim perlu dibentuk mengikut garis panduan yang ditetapkan Islam.
“Saya buat Institut Kefahaman Islam (Ikim) sebab ramai yang tidak faham dengan Islam,” katanya.
Beliau berkata, Islam satu agama yang baik.
“Maknanya ada benda yang boleh buat dan ada benda yang tidak boleh buat. Islam ajar kita sebab itu, Islam itu ad-din, cara hidup,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.
Mahathir berkata, kemunduran yang dihadapi oleh orang Melayu bukan disebabkan Islam.
“Nilai hidup kita orang Melayu menyebabkan kita mundur kerana membuat tafsiran, Islam mengikut pemimpin kita,” katanya.
Menurutnya, sekiranya ulama membuat tafsiran mengikut kehendaknya sehingga membuat tanggapan tidak baik terhadap individu.
“Kalau dia seorang ulama, dia buat tafsiran kita ikut dia, sampai ke tahap yang kita anggap orang lain ini tidak Islam, kafir.
“Inilah yang berlaku dalam politik negara kita apaba dikatakan orang Umno ini kafir,” katanya.
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/jakim-tersasar-daripada-tujuan-asal-penubuhan-1.844303
Benarkah JAKIM Telah Tersasar Daripada Tujuan Penubuhannya?
Reviewed by admin
on
6:48 AM
Rating:
No comments