Benarkah Makanan Tidak Basi Di Bawah Tudung Saji?
fungsi tudung saji bukan setakat melindungi makanan dari dihinggap lalat, habuk dan sebagainya tapi lebih jauh dari itu.
Inovasi penyimpanan makanan!
Bayangkan zaman dulu mana ada peti ais. Namun, nenek moyang kita masih mampu mengekalkan kesegaran makanan secara tradisi dengan mengamalkan penyimpanan makanan di bawah tudung saji.
Sebenarnya, fungsi tudung saji bukan setakat melindungi makanan dari dihinggap lalat, habuk dan sebagainya tapi lebih jauh dari itu.
Tahukah anda, ketinggian dan kelebaran tudung saji memainkan peranan penting untuk memerangkap udara yang boleh mengekalkan keadaan dan suhu makanan, dengan syarat ia diperbuat daripada daun seperti daun pandan ataupun nipah.
Sebelum itu biasanya makanan yang mudah basi akan dibungkus dengan daun pisang kerana daun pisang mengeluarkan kimia semulajadi yang melambatkan proses makanan menjadi basi.
Sumber:
https://azzahrah.my/benarkah-makanan-yang-diletak-bawah-tudung-saji-tidak-basi/
https://lifestyle.okezone.com/read/2015/05/07/298/1146220/gunakan-tudung-saji-untuk-hindarkan-makanan-dari-bahaya
Benarkah Makanan Tidak Basi Di Bawah Tudung Saji?
Reviewed by admin
on
11:09 PM
Rating:
No comments