Benarkah Fakta Lim Guan Eng Tentang Perakaunan Akruan?

Bukankan Perakaunan Akruan telahpun dimulakan usahanya 7 tahun yang lalu? 

Bilakah sebenarnya Sistem Perakaunan Akruan diperkenalkan di Malaysia?

Timbul pertanyaan tentang benarkah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengubah sistem perakaunan negara kepada Perakaunan Akruan? Hal ini mengelirukan kerana usaha melaksanakan Sistem Perakaunan Akruan telahpun mula semenjak tahun 2011. Apakah sebenarnya pembaharuan yang dimaksudkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng?

Berikut adalah dokumen perlaksanaan Sistem Perakaunan Akruan yang diterbitkan oleh Akauntan Negara Malaysia yang mengandungi ucapan Perdana Menteri terdahulu, DS Najib Tun Razak ketika membentangkan MEB pada tahun 2010. (Rujuk https://www2.anm.gov.my/PublishingImages/SitePages/DokumentasiAkruan/BROCHURE.pdf)




Rujuk juga:






Berikut adalah petikan berita bertarikh 4hb Jun 2018:

Sistem perakaunan negara lebih telus - Guan Eng


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengubah sistem perakaunan negara bagi memastikan tidak lagi wujud tindakan manipulatif angka dalam penyata kewangan negara seperti yang dilakukan Barisan Nasional (BN).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan berhasrat untuk mengubah sistem wang tunai yang digunakan ketika ini kepada perakaunan berasaskan akrual (akumulasi) secepat mungkin.

Mengakui perubahan itu akan mengambil masa yang agak panjang, Guan Eng yakin perubahan sistem itu bakal mengelakkan tindakan menyembunyikan angka tertentu, khususnya membabitkan hutang Kerajaan Persekutuan, pada masa depan.

"Dengan mengubah sistem ini, kita boleh elakkan masalah yang timbul ketika ini kerana semua pendapatan dan perbelanjaan perlu dicatat dalam penyata kewangan tanpa perlu mengambil kira bila ia diterima atau dibayar.

"Berbeza dengan ketika ini yang hanya mengambil kira jaminan kerajaan apabila ia dibayar, sekali gus mungkin hanya akan tahu wujudnya penipuan dalam tempoh tiga atau empat tahun kemudian.

"Sistem akrual ini akan membolehkan kita mengetahui situasi kewangan negara dengan lebih tepat dan pantas. Ini yang kami sebut sebagai reformasi perakaunan dan kewangan yang sedang dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Bicara Khas Bersama Menteri, yang disiarkan secara langsung di TV1, malam tadi.

Program selama satu jam yang disiarkan bermula jam 10 malam itu, menampilkan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar sebagai pengacara.

Sebelum ini, Guan Eng mendedahkan hutang Kerajaan Persekutuan dan liabiliti berjumlah RM1.087 trilion, berbeza dengan jumlah disebut BN yang hanya mengambil kira hutang rasmi Kerajaan Persekutuan RM686.8 bilion.

Beliau turut mendedahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membayar hutang dengan menggunakan aset miliknya sendiri seperti didakwa syarikat itu, sebaliknya oleh kerajaan yang sudah membayar lebih RM7 bilion setakat ini.

Guan Eng berkata, perubahan sistem perakaunan itu adalah satu daripada tiga langkah yang sedang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan isu seperti penyembunyian hutang Kerajaan Persekutuan serta penipuan pembayaran hutang syarikat 1MDB, tidak berulang.

Katanya, langkah lain termasuklah memberi akses semua fail kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan untuk diaudit tanpa sekatan, serta melantik syarikat perakaunan untuk menyiasat serta mendedahkan jika wujud perkara lain yang disembunyikan kerajaan terdahulu.

Sementara itu, Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, memberi jaminan akan menyokong usaha Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memastikan agenda Bumiputera tidak dipinggirkan, serta memberi lebih keutamaan bagi perkara itu.

Mengambil contoh isu pemberian projek secara tender terbuka, Guan Eng berkata, pelaksanaannya tidak akan meminggirkan kontraktor Bumiputera.

"Apabila sebut tender terbuka, ia bererti terbuka dalam kalangan kontraktor Bumiputera saja, bukan secara terbuka (membabitkan kontraktor lain) seperti anggapan pihak tertentu. Kita mahu kontrak ini diberikan secara kompetitif.

"Semasa saya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, walaupun kita buat tender terbuka, lebih 90 peratus dimenangi oleh kontraktor Bumiputera.

"Janganlah kita pandang rendah kemampuan kontraktor Bumiputera kerana seperti di Pulau Pinang, mereka sudah buktikan kesanggupan dan kebolehan mereka," katanya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/433686/sistem-perakaunan-negara-lebih-telus-guan-eng



Benarkah Fakta Lim Guan Eng Tentang Perakaunan Akruan? Benarkah Fakta Lim Guan Eng Tentang Perakaunan Akruan? Reviewed by admin on 7:14 AM Rating: 5

No comments