Benarkah PAS Sudah Laksana 30 Peratus Janji Manifesto?

20 manifesto yang ditawarkan Pas sebenarnya tidak ditetapkan had masa untuk ditunaikan


30 peratus janji manifesto Pas dilaksana



KUALA TERENGGANU - Pas yang diberi mandat memimpin negeri Terengganu selepas membentuk kerajaan baharu berikutan menang besar pada PRU14 9 Mei lalu, berjaya melaksanakan 30 peratus manifesto yang dijanjikan sebelum ini.

Adun Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, 20 manifesto yang ditawarkan Pas sebelum ini tiada had masa yang ditetapkan, sebaliknya akan melihat kepada keperluan dan kesesuaian bagi memastikan ia mampu dilaksanakan.


Menurutnya, terdapat perkara yang ditawarkan itu boleh diselesaikan segera dan ada perkara yang memerlukan masa serta proses di pelbagai peringkat sehingga ia dapat dilaksanakan.

“Antara yang kita telah laksanakan ialah dana raya yang telah disalurkan, dana untuk remaja dan belia serta mengisytiharkan kenduri kahwin berkumpulan iaitu yang akan diadakan secara berperingkat pada Jun dan November tahun ini.

“Begitu juga dengan manifesto-manifesto lain yang akan diumumkan sendiri kerajaan negeri kepada rakyat apabila ia terlaksana nanti,” katanya, di sini.

Muhammad Khalil berkata, konsep yang diambil melalui moto yang menjadi platform pelaksanaan manifesto iaitu Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera serta semangat negara berkebajikan, ia mampu dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/30-peratus-janji-manifesto-pas-dilaksana-1.847345
Benarkah PAS Sudah Laksana 30 Peratus Janji Manifesto? Benarkah PAS Sudah Laksana 30 Peratus Janji Manifesto? Reviewed by admin on 7:57 AM Rating: 5

No comments