Benarkah Islam Bakal Menjadi Agama Terbesar di UK?
London Telah Menutup 500 Gereja Dan Membuka 423 Masjid Baru
Islamisasi telah merayap ke London, dengan ratusan pengadilan syariah resmi beroperasi di ibu kota Inggeris ini, dan masjid-masjid dibuka manakala gereja-gereja Kristian yang terkenal yang telah berdiri selama ratusan tahun semakin ditutup.
"London kelihatan lebih Islamik daripada banyak negara Muslim", demikian menurut Maulana Syed Raza Rizvi, salah seorang pengkhotbah Islam yang sekarang memimpin "Londonistan", sebagaimana dilaporkan wartawan Melanie Phillips.
Pemegang Nobel untuk Sastera, Wole Soyinka, kurang bermurah hati. Dia menyebut Inggeris sebagai "cesspit for Islamists".
Sejak tahun 2001, 500 buah gereja London dari semua denominasi telah diubah menjadi rumah peribadi. Sementara 423 masjid baru didirikan pula. Ia suatu fenomena yang agak menyedihkan masyarakat penganut Kristian.
Hakikatnya banyak gereja Kristian ikonik di London telah diubah menjadi masjid.
Hakikatnya banyak gereja Kristian ikonik di London telah diubah menjadi masjid.
Gereja Hyatt United dibeli oleh masyarakat Mesir untuk diubah ke sebuah masjid. Gereja Santo Petrus telah diubah menjadi Masjid Madina. Masjid Brick Lane dibangun di bekas gereja Methodis. Tidak hanya bangunan yang diubah, malah manusia pun turut sama berubah. Jumlah pemeluk Agama Islam telah bertambah berlipat ganda.
Daily Mail pernah menerbitkan foto-foto gereja dan sebuah masjid selang beberapa meter dari satu sama lain di jantung kota London. Di Gereja San Giorgio, yang dapat menampung 1,230 ahli penganutnya, hanya mampu mengumpulkan 12 orang untuk merayakan Hari Misa. Di Gereja Santa Maria pula, hanya ada 20 orang yang menyertainya.
Hal sebaliknya berlaku di Masjid Brune Street Estate yang terletak berhampirannya. Ruangnya kecil padat dipenuhi pengunjung. Malah pada hari Jumaat, jumlah pengunjungnya penuh hingga melimpah ke pinggir jalan.
Pada tahun 2020, dianggarkan jumlah orang Islam yang hadir solat akan mencecah angka 683,000 orang, manakala jumlah orang Kristian yang menghadiri misa mingguan akan turun menjadi 679,000 orang.
"Pemandangan budaya baru kota-kota Inggeris telah tiba; homogenisasi, lanskap agama Kristian yang semakin pudar," kata Ceri Peachof dari Oxford University.
Hampir separuh dari Muslim Inggeris berusia di bawah 25 tahun manakala seperempat orang Kristian pula berusia di atas 65 tahun. "Dalam 20 tahun lagi, jumlah Muslim yang aktif akan mengatasi orang gereja," kata Keith Porteous Wood, Pengarah Masyarakat Sekular Nasional.
Masjid-masjid Inggeris semakin berkembang. Antara tahun 2012 dan 2014, jumlah orang Inggeris yang menggelar diri mereka sebagai Anglikan menurun dari 21% menjadi 17%, turun 1.7 juta orang, sementara menurut tinjauan yang dilakukan oleh Institut Penelitian Sosial NatCen, sebuah institut yang disegani di sini, mendapati jumlah umat Islam telah meningkat hampir satu juta. Jumlah para pengunjung gereja pula sedang menurun; jumlah mereka akan tiga kali lebih rendah daripada Muslim yang pergi secara tetap ke masjid pada hari Jumaat.
Secara demografi, bumi Inggeris telah semakin bertukar kepada wajah Islam; di bandar-bandar seperti Birmingham, Bradford, Derby, Dewsbury, Leeds, Leicester, Liverpool, Luton, Manchester, Sheffield, Waltham Forest dan Tower Hamlets. Pada tahun 2015, tinjauan nama yang paling di bumi Inggeris mendapati nama yang popular adalah Mohammed, termasuk variasi ejaan seperti Muhammad dan Mohammad.
Kota yang paling banyak didiami populasi Muslim: Manchester (15,8%), Birmingham (21,8%) dan Bradford (24,7%).
Benarkah Islam Bakal Menjadi Agama Terbesar di UK?
Reviewed by admin
on
6:51 PM
Rating:
No comments