Benarkah 5 Gabenor Bank Negara Telah Meletakkan Jawatan di Bawah Zaman Tun M?

Benarkah 5 Gabenor Bank Negara Meletakkan JAwatan di Bawah ZamanTun M?

Ramai agak terkejut dengan perletakan jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia, Muhammad Ibrahim, baru-baru ini walaupun kontrak perkhidmatan beliau masih berbaki 2 tahun lagi.  Beberapa hari sebelum itu, Tun Daim Zainudin telahpun membayangkan keterlibatan BNM dalam pembelian tanah untuk membiayai hutang 1MDB.  Tun Daim merupakan orang kanan Tun M dan telah dilantik untuk mempengerusikan CEP.  Selain itu beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan di zaman pemerintahan Tun sebelum ini dan dianggap sebagai orang kanan Tun M.  Hebat pengaruh beliau.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Gabenor BNM meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh perkhidmatan.  Selain gabenor ke-8 (Muhammad Ibrahim), 4 orang lagi Gabenor BNM pernah meletakkan jawatan.

1. Abdul Aziz bin Taha

Aziz Taha merupakan gabenor BM yang ke-3 dan memegang jawatan tersebut daripada Jul-1980 hingga Jun-1985.  Beliau juga merupakan bapa mertua Pengerusi Kumpulan CIMB, Nazir Razak yang sangat menghormati pendirian beliau.  Menurut Nazir, "Seorang lagi yang sangat memberikan kesan kepada saya adalah bapa mertua saya, Tan Sri Abdul Aziz Taha, yang terkenal kerana meletakkan jawatan sebagai gabenor BNM atas dasar prinsip."

Aziz Taha meletakkan jawatan kerana beliau "tidak bersetuju dengan Tun M tentang polisi memberi hutang."  Juga dilaporkan bahawa beliau sememangnya lama dan banyak tidak bersetuju dengan Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin.  Beliau mahu BNM bebas daripada campurtangan kerajaan dan salah satu sebab beliau meletakkan jawatan adalah kerana tidak bersetuju BNM terlibat dengan spekulasi matawang asing.



2. Jaffar bin Hussein
Jaffar Hussein adalah gabenor ke-4 daripada Jun-1985 hingga May-1994.  Beliau antara tokoh yang paling awal mempromosikan perbankan Islam.  Beliau meletakkan jawatan selepas BNM kerugian di antara RM15-20 billion kerana spekulasi matawang asing.  Menantu beliau, mantan Timbalan Menteri, Nur Jazlan menyatakan bahawa bapa mertua beliau meletakkan jawatan kerana kesilapan 'seseorang.'

3. Ahmad bin Mohd Don
Ahmad Don sangat dikenali kerana banyak menjawat jawatan penting di dalam banyak institusi kewangan seperti JP Morgan, Alliance Bank, Maybank. Beliau menjadi gabenor daripada Mei-1994 hingga Ogos-1998.

Beliau menghentikan penglibatan BNM dalam spekulasi matawang dan menggubal Pelan Strategik BNM 1995-2000.

Jawatan gabenor BNM sangat mencabar ketika itu kerana Krisis Kewangan Asia.  Ahmad, bersama-sama Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan ketika itu berpendapat polisi kewangan yang kemas diperlukan untuk menghadapi krisis tersebut.

Akan tetapi, Tun M tidak bersetuju.  Malah Tun M bersama Tun Daim menubuhkan Majlis Ekonomi TANPA melibatkan Menteri Kewangan dan Gabenor BNM dan melaksanakan polisi-polisi yang bertentangan dengan pandangan kedua tokoh kewangan negara ketika itu,

Anwar dilucutkan jawatan manakala Ahmad Don dan timbalan beliau, Fong Weng Phak meletakkan jawatan 'atas dasar prinsip.'  Itu juga pertama kali dalam sejarah negara, gabenor BNM dan timbalan beliau meletakkan jawatan serentak.

4. Ali Abul Hassan bin Sulaiman

Ali Abul Hassan merupakan Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dan berkhidmat sebagai gabenor BNM ke-6 daripada Sep-1998 hingga April-2000.
Tidak banyak yang dicatatkan tentang perletakan jawatan beliau kecuali cakap-cakap 'pasaran' bahawa hubungan beliau dengan Tun Daim tidak baik.

Sumber:
Benarkah 5 Gabenor Bank Negara Telah Meletakkan Jawatan di Bawah Zaman Tun M? Benarkah 5 Gabenor Bank Negara Telah Meletakkan Jawatan di Bawah Zaman Tun M? Reviewed by admin on 11:34 AM Rating: 5

No comments