Benarkah Tun M Tubuh JAKIM Semata2 Mahu Nampak Lebih Islamik Dari PAS?
Dr Mahathir tidak mahu mengaku penubuhan Jakim salah dan ia dilakukan hanya untuk menggambarkan dirinya lebih Islam daripada PAS
Ahli Parlimen Sungai Benut dari tahun 1986 hingga 1990 ketika diminta mengulas tentang isu penutupan JAKIM berkata bahawa tujuan Tun Mahathir menubuhkan JAKIM adalah untuk kelihatan Islamik.
Beliau dipetik sebagai berkata,
“Dr Mahathir tidak mahu mengaku penubuhan Jakim salah dan ia dilakukan hanya untuk menggambarkan dirinya lebih Islam daripada PAS.”
Berita penuh seperti berikut:
Bubarkan terus Jakim, kata Tawfik Ismail
PETALING JAYA: Pengkritik tetap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyuarakan bantahannya terhadap rancangan untuk menilai peranan agensi itu, dengan mengatakan ia sepatutnya dibubarkan terus.
“Jakim tidak perlu sebagai badan agama,” kata Tawfik Ismail yang berkhidmat sebagai ahli parlimen Sungai Benut dari 1986 hingga 1990.
Tawfik bercakap kepada FMT selepas Putrajaya mengumumkan pelantikan jawatankuasa untuk memutuskan sama ada Jakim perlu meneruskan peranannya sekarang atau “kembali kepada tujuan asal penubuhannya”.
Menjelaskan dakwaannya bahawa jabatan itu tidak perlu, beliau berkata: “Dalam kes sijil halal, jabatan agama negeri diberi kuasa untuk mengeluarkannya. Jika kandungan produk perlu diperiksa, kita mempunyai Kementerian Kesihatan dan pertanian, yang mempunyai semua keperluan peralatan dan kepakaran.
“Selain itu, jika barangan itu halal, katakanlah dari Mesir atau Arab Saudi atau Jordan, mengapa ia memerlukan pensijilan halal Malaysia? Ini menambah kos, ia merugikan pengguna.
“Terdapat aduan pengilang perlu membayar semua caj untuk pasukan Jakim mengesahkan kualiti halal produk, walaupun produk itu dihasilkan di Malaysia.”
Tawfik juga mempersoalkan sama ada usaha menyelamatkan Jakim sebenarnya adalah usaha untuk menyelamatkan maruah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Dr Mahathir tidak mahu mengaku penubuhan Jakim salah dan ia dilakukan hanya untuk menggambarkan dirinya lebih Islam daripada PAS.”
Katanya, beliau beranggapan Jakim kini melangkaui tujuan asal penubuhannya oleh Dr Mahathir, sambil menambah ini mungkin menjadi punca kepada tindakan kontroversi yang dilakukannya sejak beberapa tahun kebelakangan, dan badan agama lain turut mengikutnya.
“Terdapat isu-isu yang tidak masuk akal mengenai ‘hot dog’ dan ‘root beer’, tindakan mahkamah terhadap kedai buku Borders dan perbuatan memalukan penulis, Mustafa Akyol.”
Pada Mei 2012, pengurus Borders Nik Raina Abdul Aziz didakwa oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana menjual buku yang mencemarkan Islam.
Mahkamah Rayuan akhirnya mendapati buku itu, “Allah, Liberty and Love” karya Irshad Manji, tidak dilarang oleh mana-mana pihak berkuasa agama atau Kementerian Dalam Negeri ketika tuduhan itu dibuat di mahkamah syariah.
Mahkamah Rayuan menyimpulkan Nik Raina dituduh hanya kerana dia seorang Islam dan kerana Jawi tidak dapat menjalankan bidang kuasanya terhadap majikan Nik Raina atau penyelianya yang bukan Islam. Ia memutuskan prosiding terhadap Nik Raina adalah “tidak munasabah”, “tidak rasional” dan bertentangan “prinsip keadilan”.
September lalu, Akyol, seorang wartawan Turki, berdepan masalah dengan pihak berkuasa agama semasa lawatannya ke Malaysia kerana didakwa mengajar Islam tanpa tauliah.
FMT gagal mendapatkan komen Jakim berhubung rancangan Putrajaya itu.
Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/31/bubarkan-terus-jakim-kata-tawfik-ismail/
Benarkah Tun M Tubuh JAKIM Semata2 Mahu Nampak Lebih Islamik Dari PAS?
Reviewed by admin
on
5:14 AM
Rating:
No comments