Benarkah PBB Sarawak Akan Keluar BN?


'PBB Sarawak tiada pilihan kecuali keluar BN' - Jeneri Amir

Shafizan Johari, Astro Awani | Diterbitkan pada Jun 07, 2018 16:07 MYT
'PBB Sarawak tiada pilihan kecuali keluar BN' - Jeneri Amir

Spekulasi PBB keluar BN sudah mula bertiup kencang selepas BN kalah dalam PRU14 pada 9 Mei lalu, bagaimanapun ia kembali timbul menjelang mesyuarat BN Sarawak pada 12 Jun nanti. - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak mempunyai pilihan selain keluar daripada Barisan Nasional (BN) demi memastikan kelangsungannya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijangka diadakan pada 2021.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Madya Dr Jeniri Amir bagaimanapun berkata, keputusan berkenaan harus dibuat secara bersama dengan parti komponen pemerintah Sarawak lain bagi menunjukkan isyarat bahawa keputusan ini dibuat demi rakyat Sarawak.

“Pilihan terbaik (bagi PBB) ialah untuk keluar BN sebab parti itu (BN) cukup toksik dan jenamanya mempunyai persepsi negatif.

“Bagaimanapun PBB dan rakan-rakan komponen parti pemerintah Sarawak bukan sahaja harus keluar BN tetapi mengadakan pertukaran menyeluruh dari segi dasar dan pendekatan agar rakyat tidak menganggap keputusan ini hanya pendekatan ‘menukar kulit’,” katanya kepada Astro AWANI.

BACA: Komponen BN Sarawak dijangka umum perikatan lokal

Beliau juga menjangka PBB akan membentuk satu entiti baharu bersama parti komponen lain yang mesra dengan Kerajaan Persekutuan, pada masa sama, bertindak sebagai pembangkang yang efektif di Parlimen.

Spekulasi PBB keluar BN sudah mula bertiup kencang selepas BN gagal mengekalkan kedudukan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Namun, ia kembali timbul menjelang mesyuarat BN Sarawak pada 12 Jun depan.

BN berjaya memperoleh 19 daripada 31 kerusi parlimen di Sarawak.  Daripada jumlah itu, PBB memperoleh 13 kerusi. 

Benarkah PBB Sarawak Akan Keluar BN? Benarkah PBB Sarawak Akan Keluar BN? Reviewed by admin on 10:52 AM Rating: 5

No comments