Benarkah Tun M Amalkan Character Assassination?

Satu kelebihan Tun M yg saya sedari ialah pesaing-pesaingnya akan "berguguran" satu demi satu disebabkan kelemahan,  kesilapan atau salahlaku mereka sendiri

LGE dan Menteri DAP Jangan Lupa Character Assassination Oleh Tun M...

Tun M biasanya (zaman PM ke-4) kurang gemar ada pesaing lain yang mengatasi popularitinya. Jika ada pun, hanya sebentar. Bukan setakat gaya kepimpinan, idea dan gagasannya pun dia tidak mahu orang canggahi atau malapkannya dengan idea dan gagasan lain.

Tidak dinafikan Tun M memang berkarisma dalam menaik dan menurunkan seseorang... Satu kelebihan Tun M yg saya sedari ialah pesaing-pesaingnya akan "berguguran" satu demi satu disebabkan kelemahan, kesilapan atau salahlaku mereka sendiri, bukannya 'disebabkan' konspirasi Tun M.

Bagaimana pesaing beliau boleh jatuh walhal mereka berada di bawah naungan beliau??... Mudah saja untuk faham.... Iaitu dengan cara beliau memberikan pesaingnya kuasa dan posisi yang 'kritikal'. TS Musa Hitam menjadi gandingan beliauTPM merangkap Menteri dalam negeri.. Gugur dgn Memali... DS Anwar Diberikan tempoh dua bulan sebagai pemangku PM ketika Tun M bercuti. Dlm tempoh tu DSAI menggempur 'rasuah', kronisme dan nepotisme. Akhirnya selepas itu, DSAI yg terpelanting. Pak Lah diangkat sebagai pengganti PM, tapi dia tidak dengar kata. Akhirnya Pak Lah digantikan dgn DS Najib. Nasib DS Najib tak perlu diulas sebab BN hilang kuasa kerana Tun M juga.

Terkini LGE yg pandai tadbir kewangan Penang diangkat jadi menteri kewangan. Tun M berikan "kuasa" kpd LGE utk manage kewangan MAlaysia. Mcm2 LGE cuba tunjuk "kuasanya"... Apabila rakyat muak dan marah kpd "kepakaran" LGE, proses pembunuhan karekter sedang berlaku. Cara paling mudah untuk bunuh kekaguman penyokong terhadap LGE ialah dengan membiarkan LGE mendedahkan kesalahannya kpd umum. Cara ini tidak perlu ke mahkamah... Biar populariti LGE tercalar. Akhirnya imej kepakaran akan bertukar menjadi korup dan salah guna kuasa...

Jika telahan ini benar, maka imej pesaing parti Tun M iaitu DAP akan rosak. Bersatu akan memuncak... Namun yg patut risau, ialah imej Tun M pula yang dicorakkan oleh DAP...

Apa-apa pun, LGE dan menteri-menteri bukan Parti Peribumi Bersatu Malaysia kena berhati-hati dgn gaya Tun M..Cina dan India adalah rakyat Malaysia tapi bukan Peribumi...

Sumber:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1931638270194222&id=100000442026372




Dr M instructed me to expose financial scandals, says Guan Eng


Finance Minister Lim Guan Eng (pic) has explained that his actions in revealing the financial scandals from the previous administration were done on the instruction of Tun Dr Mahathir Mohamad.
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/06/19/dr-mahathir-ordered-scandals-exposed/




Benarkah Tun M Amalkan Character Assassination? Benarkah Tun M Amalkan Character Assassination? Reviewed by admin on 8:49 PM Rating: 5

No comments