Benarkah Kerajaan Pakatan Tangguhkan 5 Janji Manifesto?

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata inisiatif hanya akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan jika kedudukan kewangan negara pulih.

Kerajaan Pakatan Tangguh Janji Manifesto 100 Hari


PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan telah membuat keputusan menangguhkan sekurang2nya lima inisiatif yang terkandung dalam manifesto '10 Janji Dalam 100 Hari', sehingga kedudukan kewangan pulih.

Antara inisiatif yang ditangguhkan adalah:
- Subsidi petrol untuk kereta di bawah 1300cc dan motorsikal 125cc.
- Caruman EPF untuk surirumah.
- Menaikkan paras gaji minima
- Menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman PTPTN bagi graduan yang berpendapatan sebulan RM4K ke bawah.
- Mengembangkan Skim Peduli Sihat Selangor ke seluruh negara yang menawarkan khidmat rawatan asas RM500 bagi kumpulan pendapatan isi rumah B40.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata inisiatif hanya akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan jika kedudukan kewangan negara pulih.

Berhubung dengan harga minyak, Lim berkata harga RON95 petrol dan diesel, masing-masing akan dikekalkan pada kadar RM2.20 dan RM2.18 se liter manakala RON97 akan mengikut harga pasaran semasa dan disemak semula setiah hari Khamis bermula 7hb Jun 2018.

Sumber:
https://www.nst.com.my/news/nation/2018/05/375185/pakatan-govt-postpones-least-five-100-days-manifesto-pledges

Benarkah Kerajaan Pakatan Tangguhkan 5 Janji Manifesto? Benarkah Kerajaan Pakatan Tangguhkan 5 Janji Manifesto? Reviewed by admin on 7:30 AM Rating: 5

No comments