Benarkah Dr M Akan Terus Kekal Sebagai PM?

Jika itulah apa yang rakyat mahu saya lakukan, saya akan mengikut kehendak mereka


Berkhidmat 'selagi rakyat perlukan saya' - Tun M


TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau bersedia untuk berkhidmat sebagai perdana menteri jika itu adalah kehendak rakyat atau selagi mereka memerlukan khidmat beliau.

“Tetapi sudah tentu, saya tidak tahu berapa lama saya sendiri akan bertahan,” katanya sambil menambah bahawa dalam tempoh dua tahun beliau akan berusia 95 tahun.

Tetapi sudah tentu, saya tidak tahu berapa lama saya sendiri akan bertahan

Berucap pada Persidangan Nikkei di Tokyo pada Isnin, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau sudah menjadi perdana menteri tertua di dunia.

"Ia akan menjadi satu rekod jika saya mencapai usia 95 tahun dan masih menjadi perdana menteri," katanya secara bergurau.

Ia akan menjadi satu rekod jika saya mencapai usia 95 tahun dan masih menjadi perdana menteri

Beliau menegaskan bahawa apa yang difikirkannya adalah berkhidmat kepada negara.

“Jika itulah apa yang rakyat mahu saya lakukan, saya akan mengikut kehendak mereka,” katanya

Jika itulah apa yang rakyat mahu saya lakukan, saya akan mengikut kehendak mereka

Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri untuk kali kedua bulan lepas selepas mengetuai gabungan Pakatan Harapan untuk meraih kemenangan yang menakjubkan dalam Pilihan Raya Umum, 9 Mei.

Beliau adalah perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003.

Dr Mahathir adalah dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun.

Sumber:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/06/348152/berkhidmat-selagi-rakyat-perlukan-saya-tun-m
Benarkah Dr M Akan Terus Kekal Sebagai PM? Benarkah Dr M Akan Terus Kekal Sebagai PM? Reviewed by admin on 2:07 PM Rating: 5

No comments