Benarkah Hishammudin Rais Hina YDPA?
Carian Google mempamerkan tajuk yang keluar di Blog Hishammudin Rais yang bersifat menghina YDPA masih berada dalam rekod mereka
Bekas blogger PKR yang kini menyertai PPBM, Hishamuddin Rais yang lebih dikenali sebagai blogger Tukar Tiub, hari ini telah mengeluarkan artikel yang menghina YDP Agong. Semakan mendapati artikel berkenaan telah dipadam. Walau bagaimanapun, Saudara Lokman Nor Adam berjaya membuat 'screen shot' posting berkenaan.
Screenshot Blog Hishammudin seperti yang dilaporkan oleh http://watan-online.com/hina-agong-apa-tindakan-mahathir-lokman-adam/
Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam mempersoal kegagalan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak terhadap individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Carian Google mempamerkan tajuk yang keluar di Blog Hishammudin Rais yang bersifat menghina YDPA masih berada dalam rekod mereka
Tindakan ini sekaligus akan memperlihatkan ketelusan Peguam Negara baharu, Tommy Thomas untuk bertindak secara adil dan saksama dalam menjalankan tugasnya sebagai peguam yang tidak berat sebelah untuk menjatuhkan hukuman.
“Saya menyeru kepada rakyat Malaysia, mohon bantu buat laporan polis malam ini juga satu negara lepas solat sunat terawih terhadap manusia durjana ini.
“Kita tengok Peguam Negara yang baharu ambil tindakan atau tidak. Ambil gambar laporan polis dan muat naik ke media sosial masing-masing.
“Kita mahu lihat ‘Regim Mahathir’ akan bertegas atau tidak,”katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sumber:
http://watan-online.com/hina-agong-apa-tindakan-mahathir-lokman-adam/
Benarkah Hishammudin Rais Hina YDPA?
Reviewed by admin
on
5:20 AM
Rating:
No comments