Filem Animasi Anak Melayu Raih Anugerah Di Norway


Tahniah diucapkan kepada pasukan produksi filem animasi pendek tempatan, ‘KRING!’ diketuai pengarah muda yang berbakat, Hilmi Ismail, atas kejayaan memenangi Best Animated Film for kids di ReAnima Festivals di Norway.

Animasi pendek terbitan Brainy Bones Studios ini terdahulunya memenangi Best Short Animation Award di 4th Festival International Du Film Sur Les Handicap 2020 (FIFH) di Norway dan animasi pendek menerusi Intellectual Property Creators’ Challenge (IPCC) 2018 dan kategori Malaysia Next Generation menerusi Digicon6ASIA pada September tahun lalu selain terpilih sebagai ‘Official Selection’ di 5th Animation Marathon 2019, Athens, Greece.

KRING! mengisahkan Cikgu Suraya, seorang guru sekolah rendah yang beragama islam dan bertudung litup yang bersemangat yang menghadapi seorang pelajar bermasalah unik yang sukar memahami ajarannya di kelas. Beliau mencuba pelbagai cara untuk masalah pembelajaran murid-muridnya walau menghadapi banyak kesulitan.

Dalam suasana islamophobia menebal di Perancis, sebuah animasi pendek yang ditunjangi watak utama seorang wanita memakai hijab pula telah memenangi hati warga Norway. Syabas Cikgu Suraya!
Filem Animasi Anak Melayu Raih Anugerah Di Norway Filem Animasi Anak Melayu Raih Anugerah Di Norway Reviewed by admin on 8:19 AM Rating: 5

No comments