Mengunakan perkataan BODOH, Lim Lip Eng dihalau dari Dewan Rakyat

 


KUALA LUMPUR, 12 Nov - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng diarah keluar Dewan Rakyat pada hari ini dan digantung selama lima hari kerana menimbulkan kekecohan.

 

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun membuat keputusaan tersebut apabila ahli Parlimen daripada DAP itu membantah ruling  yang dibuat Timbalan Speaker, Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai kenyataan Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu) di Dewan Rakyat semalam.

 

"Saya sudah baca hansard saya berpendapat bahawa retorik ketika berucap perlu dikawal, perkataan diguna (Bintulu) agak kasar tapi saya telah perhalusi hansard saya dapati Timbalan Speaker telah buat ruling.

 

"Apabila ruling dibuat saya tidak ada kuasa untuk diubah," ujar beliau di Dewan Rakyat hari ini.

 

Penjelasan dari Datuk Azhar itu telah menimbulkan ketidakpuasan hati Lip Eng dengan bangkit membantah.

 

"Itu ruling yang bodoh. Jangan speaker bersekongkol," ujarnya.

 

Susulan kenyataan bodoh yang dikeluarkan Lip Eng itu, Azhar memerintahkan ahli Parlimen itu supaya keluar dewan.

 

"Kamu keluar dua hari. Keluar sekarang. Saya gantung kamu lima hari. Lima hari semuanya," kata belia.

 

Mengunakan perkataan BODOH, Lim Lip Eng dihalau dari Dewan Rakyat Mengunakan perkataan BODOH, Lim Lip Eng dihalau dari Dewan Rakyat Reviewed by admin on 2:55 PM Rating: 5

No comments