Bagaimana Data Pengguna Dijualbeli Dan Dimanipulasi
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita
mengenai satu aplikasi terkenal antarabangsa yang digunakan oleh umat Islam seluruh
dunia telah menjual data lokasi pengguna kepada satu syarikat yang berkait
dengan tentera Amerika Syarikat.
Komando Operasi Khas Amerika
Syarikat (USSCOM) yang berurusan dengan pemberontakan, anti-keganasan dan
pelbagai aktiviti rahsia di seluruh dunia dikatakan telah membeli data
pergerakan terperinci individu dari seluruh dunia yang diambil daripada
aplikasi yang kelihatan tidak berbahaya.
Dengan membeli atau menjual
data rekod orang awam, syarikat pihak ketiga dapat mengumpulkan ribuan atribut milik
orang ramai. Dalam beberapa tahun ini, banyak syarikat membeli senarai data pelanggan
dari langganan majalah untuk membina rangkaian sasaran untuk iklan.
Jika anda pengguna telefon
pintar atau kad kredit, tidak sukar bagi sesebuah syarikat untuk menentukan
sama ada anda baru sahaja putus hubungan, atau sedang hamil atau cuba
menurunkan berat badan, sama ada anda seorang ekstrovert , ubat apa yang anda
ambil, di mana anda berada, dan juga bagaimana anda menggunakan telefon pintar
anda.
Cookies dan Trackers adalah bahagian utama dari
infrastruktur ini, dan seperti banyak laman web yang lain, Cookies dan Trackers
digunakan untuk menyimpan data-data pengguna yang melawati laman sesawang.
Semua maklumat itu boleh
digunakan untuk membuat profil anda untuk dijadikan sasaran untuk iklan,
mengklasifikasikan gaya hidup anda, atau menentukan kelayakan untuk pekerjaan.
Risiko kecurian data amat
sukar dilihat. Selain dari bahaya mengumpulkan dan menyimpan data, ia boleh
digunakan untuk memprofil pengguna secara terperinci. Ini dapat menyebabkan
berlakunya diskriminasi berdasarkan kaum atau pendapatan.
No comments