Kenaf dan sumbangan pada industri.


Permintaan terhadap kenaf kini semakin meningkat berikutan komoditi itu semakin mendapat tempat dalam kalangan pengusaha industri bagi tujuan kajian dan penyelidikan memandangkan ia satu sumber yang mudah diperoleh. Malah, kenaf berpotensi menjadi sumber pertumbuhan baru dan komoditi ketiga terpenting selepas getah dan kelapa sawit mempunyai pasaran yang terjamin.


Kini, kenaf ditanam secara skala komersial di China, Myanmar, India, Bangladesh dan Thailand, namun di Malaysia, industri itu mula mendapat perhatian serius disebabkan keperluan sektor industri sebagai alternatif menggantikan bekalan bahan mentah tertentu, terutama kayu yang semakin sukar diperoleh.


Kenaf mempunyai pelbagai kegunaan dan secara tradisinya, ia sering dijadikan tali atau beg guni. Namun, dengan perkembangan industri serat dan gentian yang semakin meluas, kenaf mula mendapat perhatian untuk dijadikan bahan mentah bagi kegunaan lain.


Kenaf kini merupakan tanaman pilihan sebagai pengganti tembakau yang mempunyai banyak kegunaan biokomposit iaitu untuk industri automotif dan pembinaan, perabot, pulpa dan kertas, tekstil serta  bahan makanan untuk ternakan.

Kenaf dan sumbangan pada industri. Kenaf dan sumbangan pada industri. Reviewed by admin on 3:39 PM Rating: 5

No comments