Lembaga Minyak Sawit Malaysia Raih Anugerah Inovasi Asia Tenggara



.

Kuala Lumpur – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah berjaya merangkul Anugerah Inovasi Clarivate Asia Selatan dan Asia Tenggara 2020 bagi kategori organisasi penyelidikan kerajaan.


Pengiktirafan ini menjadikan agensi penyelidikan dan pembangunan itu sebagai pihak inovasi terkemuka di negara di bawah kategori organisasi penyelidikan kerajaan.


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali turut merakamkan ucapan tahniah kepada MPOB atas kejayaan ini. “Anugerah yang diterima ini membuktikan bahawa Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa dalam industri sawit terutamanya dalam menghasilkan minyak sawit yang berkualiti tinggi, mampan dan kompetitif”.


Sebanyak 704 kejayaan teknologi yang mana 30.7 peratus atau 216 teknologi tersebut telah dikomersialkan oleh pihak pengawal selia dengan tujuan meningkatkan industri minyak sawit.


Kejayaan itu diumumkan pada majlis anugerah di acara Forum Inovasi Clarivate Asia Selatan dan Asia Tenggara 2020 yang diadakan secara maya pada 18-19 November baru-baru ini telah membanggakan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan negara dimata dunia.

.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia Raih Anugerah Inovasi Asia Tenggara Lembaga Minyak Sawit Malaysia Raih Anugerah Inovasi Asia Tenggara Reviewed by admin on 7:44 AM Rating: 5

No comments