KWSP kembali beroperasi seperti biasa mulai hari ini




KUALA LUMPUR, 2 Dis -- Semua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kembali beroperasi seperti biasa, bermula hari ini (2 Dis) dengan semua perkhidmatan kaunter dibuka mulai jam 8:30 pagi hingga 4:30 petang pada hari bekerja.


KWSP berkata ia akan terus mengamalkan penjarakan fizikal dan langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) yang wajib di semua cawangan untuk membendung penularan wabak COVID-19.


"Ahli-ahli yang ingin berurusan di cawangan KWSP hendaklah membuat janji temu terlebih dahulu melalui saluran Janji Temu Online (www.kwsp.gov.my/janjitemu)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.


Sumber: BERNAMA
KWSP kembali beroperasi seperti biasa mulai hari ini KWSP kembali beroperasi seperti biasa mulai hari ini Reviewed by admin on 10:35 AM Rating: 5

No comments