Gaharu sumber alam yang kaya dengan khasiat dan manfaat





Nama saintifik bagi gaharu ialah Aquilaria malaccensis, bagaimanapun beberapa spesies lain dalam genus Aquilaria turut dikenali sebagai gaharu. Pokok gaharu boleh ditemui di Bangladesh, Bhutan, India, Indonesia, Iran, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Thailand.


Pokok Gaharu merupakan sejenis pokok yang hidup subur di hutan tropika dan mempunyai banyak manfaat. Semua bahagian pokok gaharu, dari batang, kulit, daun, bunga, buah dan rantingnya boleh digunakan bagi menghasilkan produk minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik.


Daun pokok gaharu boleh diproses menjadi teh hijau dan mempunyai khasiat dalam mengubati pelbagai jenis penyakit seperti gout, kencing manis, darah tinggi serta membantu melancarkan sistem edaran darah.
Antara khasiat gaharu yang lain ialah boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti merawat lelah, letih, batuk, kanser tumor, kanser paru-paru, melegakan insonmia, mengawal gula dan diabetes, menstabilkan darah tinggi, mengurangkan masalah sembelit dan buah pinggang. Malah gaharu juga terkenal dengan bahan kosmetik.


Minyak pati gaharu yang terhasil boleh dijadikan minyak wangi dan wangian terapi yang boleh meredakan tekanan bagi manusia. Sebatang pokok gaharu boleh menghasilkan 10 kilogram (kg) serbuk kayu minyak dan 48 mililiter (ml) minyak pati gaharu. Kayu daripada pokok gaharu juga boleh digunakan bagi membuat perabot yang berkualiti tinggi dan aksesori diri dengan ukiran yang menarik.
Gaharu sumber alam yang kaya dengan khasiat dan manfaat Gaharu sumber alam yang kaya dengan khasiat dan manfaat Reviewed by admin on 8:30 PM Rating: 5

1 comment

  1. [...]although websites we backlink to below are considerably not related to ours, we feel they are actually worth a go through, so have a look[...]… Puffing Bird

    ReplyDelete