Klon Sawit Baharu CPS3 Inovasi Industri Sawit Negara


Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bersama syarikat perladangan, Kulim (Malaysia) Bhd (Kulim) telah berjaya menghasilkan klon pokok sawit terbaharu, dikenali sebagai Clonal Palm Series 3 (CPS3). Baka ini akan ditanam secara komersial bagi merancakkan sector sawit di negara.


Terdapat pelbagai kelebihan berkenaan klon sawit ini antaranya CPS3 adalah klon sawit berkualiti yang berupaya meningkatkan produktiviti dan hasil buah tandan segar yang lebih tinggi berbanding bahan tanaman baka kacukan dura serta pisifera (DxP).


Selain itu, klon CPS3 mempunyai produktiviti yang tinggi dengan memaksimumkan hasil bagi setiap hektar. Nisbah minyak kepada tandan dan buah tandan segar klon CPS3 ini masing-masing adalah 21.8 peratus dan 7.6 peratus lebih tinggi berbanding pokok sawit (DxP) yang ditanam secara komersial di Malaysia, sementara hasil minyak sawit mentah pula adalah 30.7 peratus lebih tinggi berbanding DxP.


Ciri utama buah sawit klon CPS3 adalah lapisan mesokarpa yang lebih tebal, iaitu 89.7 peratus berbanding 86.7 peratus pokok kacukan DxP. Buah sawit CPS3 juga mempunyai nisbah isirung kepada tandan yang lebih kecil, iaitu 2.8 peratus berbanding 4.3 peratus pokok kacukan DxP.


Pastinya dengan adanya klon sawit CPS3 ini sektor sawit akan terus berkembang dan hasil daripada komiditi ini mampu meningkatkan pendapatan peladang sawit serta ekonomi negara.

Klon Sawit Baharu CPS3 Inovasi Industri Sawit Negara Klon Sawit Baharu CPS3 Inovasi Industri Sawit Negara Reviewed by admin on 3:00 PM Rating: 5

No comments