Coklat dan Kanak-Kanak
Ramai ibu bapa di luar sana yang menghalang anak mereka untuk makan coklat. Alasannya kerana coklat akan membuatkan gigi anak rosak dan merupakan makanan yang tidak berkhasiat. Sejauh mana tanggapan ini?
Makan sedikit coklat sekali-sekala tidak akan memudaratkan anak anda. Malah, terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa coklat pekat dan koko dapat memberikan manfaat dari segi kesihatan.
Coklat mengandungi kandungan yang berkhasiat yang membantu anak mendapat nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan mereka. Antara kandungan yang terdapat dalam coklat ialah karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan tenaga.
Coklat turut mengandungi antioksidan yang membantu untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas, selain dapat melegakan tekanan dan menenteramkan emosi. Malah antioksidan ini juga mampu membaiki dan menguatkan sistem imunisasi badan si manja.
Kebanyakan ibu bapa tidak mahu anak mengambil makanan coklat kerana khuatir akan kandungan kafein yang terdapat dalam coklat. Namun, tahukah anda, kandungan kafein dalam coklat adalah sangat kecil berbanding secawan kopi. Jadi, coklat tidak memudaratkan kesihatan kanak-kanak jika diambil dalam kuantiti yang sedikit.
Coklat dan Kanak-Kanak
Reviewed by admin
on
2:41 PM
Rating:
No comments