Benarkah Mat Sabu Sangkal Berita Memandu Viva Ke Kementerian Pertahanan?

Tular gambar kononnya saya mahu memandu kenderaan Perodua Viva milik anak dan tidak mahu menggunakan kenderaan rasmi serta pengiring disediakan kementerian pada hari pertama bekerja

Mat Sabu sangkal maklumat palsu tular


KUALA LUMPUR: Mohamad Sabu menyangkal tiga maklumat palsu disebarkan berkait beliau, termasuk kononnya tidak mahu menggunakan kenderaan rasmi kerajaan pada hari pertama bertugas sebagai Menteri Pertahanan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menegaskan akan menggunakan hak sebagai seorang menteri, namun tidak akan menyalahgunakannya.

"Tular gambar kononnya saya mahu memandu kenderaan Perodua Viva milik anak dan tidak mahu menggunakan kenderaan rasmi serta pengiring disediakan kementerian pada hari pertama bekerja.

"Saya akan menggunakan hak sebagai seorang menteri, namun tidak akan mengambil lebih daripada itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Selain itu, beliau berkata, baru-baru ini, tular gambar kononnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, berbuka puasa di rumahnya.

"Ia adalah gambar lama ketika dua tokoh negara berkenaan makan malam di rumah saya, tahun lalu.

"Ketiga, tular mesej menerusi WhatsApp kononnya satu usaha 'Tabung Kereta Baru Mat Sabu' dilancarkan.

"Tidak ada sebarang derma yang boleh dikutip menggunakan nama saya tanpa sebarang persetujuan dan kebenaran daripada saya," katanya.

Pada masa akan datang, Mohamad berkata, semua berita berkait dirinya hanya akan dikeluarkan menerusi akaun media sosial rasmi, iaitu Facebook: Mohamad Sabu - Menteri Pertahanan Malaysia; Twitter: @MSabu_Official; dan Instagram: msabu_official.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/431321/mat-sabu-sangkal-maklumat-palsu-tular
Benarkah Mat Sabu Sangkal Berita Memandu Viva Ke Kementerian Pertahanan? Benarkah Mat Sabu Sangkal Berita Memandu Viva Ke Kementerian Pertahanan? Reviewed by admin on 6:19 PM Rating: 5

No comments