Benarkah Harga Barang Sudah Naik?
KPDNKK mengesan peningkatan harga antara empat hingga 50 peratus bagi 28 jenis barangan yang termasuk dalam 71 barangan yang dikategorikan di bawah pemantauan 'Price Watch'.
28 jenis barangan naik harga di Johor
JOHOR BAHRU - Kobis bulat import dari China dan cili hijau tempatan adalah antara 28 jenis barangan di negeri ini yang dikesan naik harga sejak operasi pemantauan harga pasaran dilakukan pihak berkuasa sejak empat hari lalu.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Johor Aris Mamat berkata, pihaknya mengesan peningkatan harga antara empat hingga 50 peratus bagi 28 jenis barangan itu yang termasuk dalam 71 barangan yang dikategorikan di bawah pemantauan 'Price Watch'.
Jelasnya, hasil tinjauan itu juga berdasarkan pemantauan pihaknya yang dilakukan setiap hari ke lapan pasar awam utama di setiap daerah di negeri ini.
"Hasil tinjauan kita telah mendapati antara barangan yang mengalami kenaikan adalah kobis bulat import (dari China) dan cili hijau tempatan. Harga kobis bulat meningkat di beberapa lokasi iaitu kepada RM5 sekilogram (naik RM1 daripada harga sebelum ini) manakala cili hijau naik RM1 menjadi RM10 sekilogram.
Namun, di sesetengah lokasi tertentu, harga bagi kedua-dua barang berkenaan menunjukkan penurunan antara 50 sen hingga RM3 iaitu daripada RM4.50 kepada RM4 bagi kobis bulat dan RM13 kepada RM10 sekilogram bagi cili hijau," katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan di Pasar Awam Larkin di sini hari ini. - Bernama
Sumber:
http://www.kosmo.com.my/negara/28-jenis-barangan-naik-harga-di-johor-1.680452
Benarkah Harga Barang Sudah Naik?
Reviewed by admin
on
3:06 PM
Rating:
No comments