Benarkah MB PH N9 bolot banyak jawatan?

dalam senarai portfolio, hanya MB sahaja yang didapati memegang lebih daripada satu jawatan

Benarkah MB PH N9 bolot banyak jawatan?


Dalam PRU-14 baru-baru ini, penceramah motivasi popular, Syamsul Amri Ismail tewas dalam pertandingan empat penjuru di kerusi DUN Sikamat selepas mendapat 6,419 undi. Kerusi itu dimenangi Aminuddin Harun yang memperoleh 9,832 undi [1], yang kini telah sah dilantik sebagai Menteri Besar Negri Sembilan [2].

Berikut adalah senarai portfolio Menteri Besar dan kesemua 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir 23 Mei 2018 lepas. Hanya MB sahaja yang didapati memegang lebih daripada satu jawatan [3]:

* Aminuddin Harun (Menteri Besar)

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kewangan, Tanah dan Sumber Alam;

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam;

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keselamatan;

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur dan Kemudahan Awam

* Teo Kok Seong

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru

* Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindutrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan

* Mohamad Taufek Abd. Ghani

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan

* Ismail Ahmad

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar

* J. Arul Kumar

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam

* Bakri Sawir

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani

* S. Veerapan

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan

* Mohamad Nazaruddin Sabtu

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu

* Nicole Tan Lee Koon

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan

* Choo Ken Hwa

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional.

MB N9 telah memberi kenyataan bahawa kerajaan negeri boleh meminta peruntukan tambahan untuk anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru dilantik supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di daerah masing-masing. "Hanya ada kira-kira RM1 juta peruntukan bagi ADUN tahun ini dan kerajaan negeri memandang serius.

"Kami mendapati hampir 80% daripada peruntukan untuk ADUN dan exco negeri telah dibelanjakan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini," katanya. Aminuddin berkata pada tahun ini, setiap ADUN telah memperuntukkan belanjawan sebanyak RM350,000 manakala ahli exco mendapat RM400,000 setiap satu [4].

Laman web N9 tidak dapat dirujuk kerana masih belum dikemaskini [5].

Rujukan
1 - http://m.utusan.com.my/berita/politik/syamsul-debat-letak-semua-jawatan-dalam-umno-1.675654
2 - https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/10/aminuddin-harun-proposed-as-next-negri-mb/#Bjr4vsfIKJ8lc1v8.99
3 - http://m.utusan.com.my/berita/nasional/mb-umum-portfolio-10-exco-negeri-sembilan-1.678813
4 - http://www.ns.gov.my/my/36-menteri-besar-negeri-sembilan/26-menteri-besar
5 - http://m.thesundaily.my/node/550103

Lain-lain sumber:
https://m.facebook.com/beritatv9/posts/1053853471455706
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/aminuddin-umum-portfolio-10-exco-ns-1.838520
https://m.youtube.com/watch?v=r-N3M-jidhY
Benarkah MB PH N9 bolot banyak jawatan? Benarkah MB PH N9 bolot banyak jawatan? Reviewed by admin on 6:09 PM Rating: 5

No comments