Benarkah Akaun Tabung Haji Anda Berisiko Ditutup?

500 Ribu akaun pendeposit TH akan berhadapan dengan risiko akaun mereka ditutup

TH Akan Tutup Akaun Pendeposit Tidak Aktif

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan satu siaran akhbar yang memaklumkan bahawa bermula 9 Jun 2018, akaun pendeposit TH yang tidak aktif melebihi  7 tahun akan dipindahkan ke kumpulan 'Akaun Tidak Aktif'. TH juga menegaskan bahawa akaun-akaun tersebut tidak akan menerima agihan Hibah Tahunan atau Hibah Haji mulai 2018.

Inisiatif pengelasan 'Akaun Tidak Aktif' ini sebagai langkah keselamatan serta melindungi akaun pelanggan daripada sebarang tarnsaksi yang mencurigakan. TH telah mengenalpasti hampir 500,000 akaun pendeposit TH tidak aktif dengan jumlah simpanan sebanyak RM62.8 Juta.

Sila hubungi cawangan TH yang berhampiran untuk maklumat lanjut.

Sumber:
Tularan Internet

Benarkah Akaun Tabung Haji Anda Berisiko Ditutup? Benarkah Akaun Tabung Haji Anda Berisiko Ditutup? Reviewed by admin on 6:49 AM Rating: 5

No comments