Benarkah Minum Milo Jadi Sihat Dan Kuat?
Apa sebenarnya unsur sihat dan kuat dalam Milo yang anda minum?
BENARKAH MINUM MILO JADI SIHAT DAN KUAT?
Baru-baru ini portal smh.com.au melaporkan bahawa syarikat Nestle telah tunduk kepada tekanan untuk meminda penarafan 4.5 bintang yang telah diberikan kepada produk minuman popularnya.
Penarafan 4.5 bintang itu dibuat dengan andaian pengguna akan mengambil 3 sudu teh Milo yang dicampur dengan segelas susu rendah lemak. Menurut SMH, pengguna kebiasaannya tidak menggunakan sukatan yang sama. Mereka mengambil melebihi jumlah 3 sudu teh serta mencampurnya dengan gula atau bahan-bahan lain. Malah jika berdasarkan andaian yang dibuat Nestle tersebut, nyata elemen sihat di dalam minuman Milo itu dipengaruhi oleh susu, bukannya serbuk Milo.
Berdasarkan andaian Nestle itu juga, maka logiknya, minum susu sebenarnya yang menjadikan seseorang sihat dan kuat dan bukannya minum Milo.
Sumber:
https://www.smh.com.au/healthcare/nestle-wipes-4-5-health-star-rating-off-flagship-milo-product-20180301-p4z295.html
Benarkah Minum Milo Jadi Sihat Dan Kuat?
Reviewed by admin
on
12:54 PM
Rating:
No comments