UYGHUR: APA ISUNYA DENGAN CHINA?
China, merupakan salah satu
negara yang boleh dikatakan agak maju di kedudukan negara-negara maju di dunia.
Dimana ia berada di posisi yang agak atas, bersama sama negara-negara besar
lain seperti Amerika Syarikat, Jerman dan United Kingdom. China pada masa
dahulu hanyalah sebuah negara di asia yang dikenali sebagai tempat, atau sumber
pengeluaran barangan barangan berkualiti rendah.
Namun begitu, seiring dengan
peredaran masa, China juga sudah mula mengorak langkah, malahan jauh lebih
dihadapan berbanding negara kita. Mereka kini mula dikenali sebagai negara yang
cukup maju baik dari segi ekonomi, mahupun dari segi teknologi.
Pelbagai jenis dan jenama sudah
dikeluarkan dan berasal dari China. Antaranya adalah Huawei, Alibaba, Tencent,
Xiaomi dan banyak lagi jenama lain. Kewujudan jenama-jenama terkenal dunia ini
membawa kepada penyumbangan terhadap perkembangan ekonomi China, sehingga
meletakkan ia sebagai salah satu negara yang berada di carta tertinggi untuk
perkembangan ekonomi di mata dunia.
Dari segi teknologi pula, China
boleh diletakkan sebaris dengan Amerika Syarikat dan Jerman, dimana ketiga tiga
negara ini adalah ‘powerhouse’ dalam bidang teknologi. Pelbagai jenis teknologi
baru dan teknologi yang diperbaharui datangnya dari tiga negara ini, baik dari
segi komunikasi, industri mahupun bioteknologi. China boleh dikatakan sebagai
sebuah negara yang berani, dimana mereka sering mencuba pelbagai perkara baru
dalam pelbagai bidang. Seringkali kita diajukan dengan pelbagai video yang
memaparkan perkara baru seperti penetasan telur ayam secara ‘in-vitro’,
penghasilan teknologi modem yang baru serta pelbagai perkara lain.
Meskipun kemajuan teknologi di
China cukup mantap, bagaimana pula dengan rakyatnya? Adakah mereka berprofil
tinggi, stabil dari segi kewangan dan kehidupan? Ketamadunan rakyat di China
tidak banyak berbeza dengan tamadun rakyat di negara-negara asia yang lain.
Rata-rata dari mereka juga tidak mempunyai taraf hidup yang mewah dan kaya
seperti mana rakyat Dubai. Dari segi agama pula, ada diantara mereka yang
beragama Islam, meskipun kebanyakan rakyat China adalah penganut Buddha dan
Kristian.
Baru-baru ini, terbit satu isu
baru berkenaan negara tersebut. Isu tersebut adalah mengenai sistem pemantauan
dan kawalan ketat yang diimplementasikan di rata-rata kawasan negara tersebut.
Sistem pemantauan yang ketat ini, atau dalam istilah lainnya iaitu ‘mass
surveillance’, memberi banyak pandangan serta mengundang pelbagai persepektif
dari rakyat negara mereka sendiri. Sistem pemantauan ini terdiri daripada
kamera litar tertutup (CCTV), sistem rekognisi A.I dan juga sistem pengenalan
biometrik. Jumlah kamera litar tertutup yang dipasang di pelbagai lokasi juga
mencecah hampir 200 juta unit. Jika anda merupakan seorang rakyat China, adakah
anda akan merasa bahawa tahap keselamatan di negara tersebut tinggi dan cukup
selamat?
Untuk menjawab persoalan tersebut,
disini dilampirkan dua pandangan dari dua orang rakyat China, iaitu Fan
Jienjien dan juga Lee Yao Hu. Sumber ini dipetik dari sumber berita Al-Jazeera,
pada video terbitan mereka yang bertajuk ‘China’s Spying Eyes, edisi 101 East.
Menurut Fan Jien, dengan hadirnya teknologi pemantauan di China itu membantu
beliau merasa lebih selamat dan yakin untuk melakukan aktiviti di luar rumah
tanpa perlu memikirkan soal keselamatan mahupun faktor faktor lain yang
berbahaya kepada dirinya.
Menurut beliau lagi, teknologi
pemantauan itu juga turut membantu dimana ia bukan sahaja melakukan pantauan
dari segi keselamatan, malahan ia turut melakukan pantauan dari segi aktiviti
kehidupan seharian. Ini dimana setiap pembelian mahupun aktiviti yang dilakukan
oleh Jien dipantau secara teliti. Sebagai contoh, ketika beliau pergi membeli
belah, setiap barangan yang dibeli, mahupun barangan yang dimasukkan ke dalam
troli ketika membeli belah adalah direkodkan ke dalam sistem ini. Sistem ini
berfungsi seperti kaedah merit, dimana setiap pembelian barangan yang berisiko
kepada kesihatan seperti alkohol dan rokok akan mengurangkan markah merit
individu itu.
Sebaliknya pula, setiap pembelian
barangan yang berfaedah seperti sayuran, barangan yang tidak mencemarkan alam
seperti kertas yang dikitar semula, akan diberikan markah merit. Markah merit
ini kemudiaanya akan digunakan untuk penilaian setiap individu kemudiannya.
Menurut Jien lagi, beliau tidak lagi merasa risau akan keselamatan dirinya
lantaran pekerjaan beliau sebagai ahli perniagaan. Malahan, beliau turut merasa
mudah dengan hadirnya teknologi baru ini, kerana setiap aktiviti yang telah
dilakukan, akan dapat disemak semula melalui aplikasi pintar yang didatangkan
khas kepada sistem teknologi di China. Beliau dapat menyemak jumlah
perbelanjaan beliau, jumlah jarak pergerakan beliau dan juga maklumat kesihatan
diri beliau.
Berbeza pula dengan pendapat
seorang lagi rakyat China, iaitu Lee Yao Hu. Ujar Lee, penggunaan teknologi
tersebut agak baik untuk faktor keselamatan. Namun begitu, beliau turut
menyuarakan ketidakselesaan beliau terhadap pemantauan yang terlalu ketat itu,
dimana setiap pergerakan dan perbuatan adalah dipantau oleh kerajaan China.
Kata beliau lagi, beliau merasakan keselamatan untuk diri sendiri cukup
terjamin dengan adanya teknologi pemantauan tersebut, namun sudah hilang rasa
bebas untuk bergerak dan melakukan sebarang aktiviti. Meskipun beliau tidak
pernah mempunyai sebarang rekod jenayah dan melakukan apa apa aktiviti yang
bersalahan dengan peraturan, tetap beliau merasakan kebebasan untuk hidup di
negara tersebut sudah tiada. Disini dapat kita simpulkan secara ringkas, bahawa
teknologi yang diimplementasi oleh kerajaan China ini memang baik untuk faktor
keselamatan, namun sedikit sebanyak ia kelihatan agak melampau atau ‘overboard’
apabila hampir kesemua maklumat peribadi diketahui oleh kerajaan.
Sekiranya anda seorang yang
mengikuti perkembangan di media massa, pastinya anda pernah terdengar akan isu
kaum Uyghur. Sebelum kita mulakan perbincangan mengenai kaum ini, adalah lebih
baik kiranya untuk kita mengetahui sedikit sebanyak maklumat mengenai mereka.
Kaum Uyghur di China |
Pada tahun tersebut, kemunculan
ramai cendekiawan dari masyarakat Uyghur telah membantu memajukan lagi Kashgar
dan mencetuskan perkembangan ekonomi serta sosial yang baik. Pada tahun 1876,
Kashgar telah pun diceroboh dan dirampas oleh kerajaan Manchu yang ketika itu adalah
kerajaan pemerintahan bagi negara China. Selepas 8 tahun peperangan antara
Kaghyar dan Manchu, kerajaan Timur Turkistan itu telah berjaya ditakluk dan
diubah namanya kepada ‘Xinjiang’, yang membawa maksud ‘kawasan jajahan baru’
dalam bahasa cina. Selepas dari penaklukan itu, Uyghur mula menghadapi
kemunduran dari segi kuasa dan peradaban.
Isu mengenai kaum Uyghur ketika
ini sudahpun menjadi isu hangat di seluruh dunia, dimana penindasan yang
dilakukan oleh kerajaan China telah mendapat perhatian banyak negara, khususnya
negara-negara Islam. Berkenaan dengan penindasan terhadap kaum Uyghur tersebut,
pelbagai punca serta sebab telah dikenal pasti menjadi faktor untuk kerajaan
China berbuat demikian. Sebelum kita terus kepada perihal mengapa China
bertindak sedemikian, harus kita tahu bahawa tindakan China tersebut telah
dikritik keras oleh negara-negara eropah seperti United States dan juga Kanada.
Menurut timbalan menteri hubungan
luar negara China, Lee Yucheng, beliau menegaskan bahawa tindakan kerajaan
terhadap kaum tersebut adalah bersifat motivasi untuk politik dimana ia
bertujuan untuk kemakmuran negara tersebut. Ketika ini, China telah menahan
hampir 1 juta kaum Uyghur, dan ditempatkan di sebuah kem yang dinamakan sebagai
‘reeducation centre’. Di situ, kaum tersebut dihadapkan dengan pelbagai jenis
seksaan, baik dari segi fizikal mahupun mental. Walau bagaimanapun, menurut
wakil kerajaan China, beliau menyifatkan bahawa tindakan tersebut adalah
bertujuan untuk membantu dan mendidik kaum tersebut dengan pendidikan
vokasional dan mengelakkan dari tercetusnya kumpulan ‘extremist’. Le Yucheng
juga turut memberitahu kepada media bahawa ia hanyalah bertujuan untuk
melindungi hak kemanusiaan untuk semua kaum majoriti, di samping menyelamatkan
kaum-kaum minoriti.
Jika dilihat kembali kepada kaum
Uyghur itu sendiri, terdapat beberapa teori yang menyangkal pernyataan dari
kerajaan China tersebut bahawa kaum tersebut ditahan adalah bertujuan untuk
menjaga hak asasi manusia. Struktur geografi dan topografi kawasan Turkistan,
tempat asal kaum tersebut adalah kaya dengan sumber alam, dimana terdapat
sumber petroleum dan juga beberapa bahan asli yang lain. Faktor agama juga
mampu menyumbang kepada sangkalan ini, dimana masyarakat beragama Islam di
negara China dilayan sebagai masyarakat minoriti, berbeza dengan kaum yang
beragama lain seperti Kristian dan juga Buddha.
Selain itu juga, tercetusnya isu
dengan kaum Uyghur ini bermula dengan tunjuk perasaan dari kaum Uyghur, atas
sebab layanan kerajaan China terhadap mereka yang dilihat sebagai layanan buruk
dari kerajaan. Sejurus selepas ‘riot’ itu berlaku, kerajaan dilihat mula
memberi layanan buruk kepada kaum ini secara besar-besaran, dimana mereka mula
ditangkap, dan diasingkan di sebuah kem yang lebih bersifat sebagai kem
penderaan, berbanding kem pendidikan sebagaiman yang dinayatakan oleh kerajaan
China itu sendiri.
Berkait pula dengan teknologi
pemantauan terbaru yang diwujudkan di China, ia juga turut digunakan sepenuhnya
untuk isu ini. Jika di bandar-bandar utama di China mengandungi lebih dari 2
juta sistem kamera pemantauan, di tempat asal kaum ini juga turut menerima
sistem kawalan yang sama. Di sini, cekpoin sekuriti mula didirikan dalam
bilangan yang besar, dimana setiap penduduk perlu mengimbas kad pengenalan
mereka, sistem rekognisi muka juga turut digunakan untuk tujuan sekuriti dan
juga pemantauan secara menyeluruh. Telefon-telefon juga turut dirampas dan
diperiksa oleh pihak berkuasa. Tidak hanya itu, mereka juga diharamkan dari
keluar negara apabila passport dan visa mereka dirampas oleh pihak berkuasa.
Penggunaan sistem pemantauan di
kem ‘pendidikan’ untuk kaum Uyghur pula boleh dikatakan pada tahap maksimum,
dimana ia bukan sahaja untuk tujuan pemantauan keselamatan, malah untuk merekod
dan mengenal pasti pergerakan serta perbuatan mereka di kem tersebut.
Seandainya masyarakat majoriti yang berada di luar dari kem tersebut sudah merasakan
bahawa tiada kebebasan untuk hidup di negara mereka sendiri, bayangkanlah pula
bagaimana perasaan kaum Uyghur yang dicop sebagai kaum minoriti di sana dan
diletakkan dalam satu kem yang diasingkan dari dunia luar.
Kem ‘pendidikan’ yang didirikan
untuk kaum Uyghur, yang terletak di kawasan Kyrgyzstan itu pada asalnya
dinafikan kewujudannya oleh kerajaan China. Namun begitu selepas beberapa siri
pembocoran maklumat di internet, mereka mula mengakui akan kewujudan kem
tersebut. Tidak perlu diceritakan secara mendalam mengenai layanan yang
diterima di kem tersebut oleh kaum Uyghur, tapi anda perlu tahu bahawa saudara
seagama kita ini sekarang sedang ditindas dan di’brainwash’ oleh kerajaan China
tanpa diketahui apa niat dan tujuan sebenarnya.
Jika dirujuk kepada isu agama, ia
juga boleh menyumbang kepada beberapa teori yang benar, bahawa kerajaan China
mahu menghapuskan penganut penganut agama islam disana. Meskipun isu ini
mendapat perhatian dari pelbagai negara besar, tidak banyak tindakan serta
kritikan yang dilakukan terhadap perbuatan kerajaan China tersebut.
China juga membalas dan menjawab
beberapa kritikan yang disuarakan dengan menyokong tindakan mereka itu adalah
betul dan terbaik untuk keamanan negara mereka. Walau apajua keadaannya ketika
ini, kita masih berharap bahawa kaum Uyghur di sana dapat diberi pembelaan dan
diberi peluang untuk hidup dalam keadaan selesa serta aman, sebagaimana kita di
negara kita ini.
UYGHUR: APA ISUNYA DENGAN CHINA?
Reviewed by Admin
on
2:06 PM
Rating:
No comments