5G: Hanya Sekadar Teknologi atau Alat Mendominasi?
Alexander Graham Bell |
Pada waktu dahulu, telefon
dicipta sebagai satu alat komunikasi yang memudahkan manusia, di mana ia tidak
mengira berapa jauh jarak diantara dua individu, masing masing pasti dapat
berkomunikasi melalui telefon. Penciptaan telefon pada tahun 1854 oleh dua nama
besar yang cukup berjasa kepada dunia hari ini, iaitu Alexander Graham Bell dan
juga Antonio Meucci.
Pada asasnya, telefon pada waktu
itu hanyalah tercipta daripada dua bekas kosong yang digunakan untuk mendengar
dan bercakap, dan dihubungkan oleh satu wayar tembaga tulen yang berfungsi
sebagai medium penghantaran molekul bunyi dari satu individu di hujung, kepada
satu individu di hujung yang satu lagi. Meskipun ketika itu ia agak terhad, dimana penggunaan telefon dihadkan kepada seberapa panjang wayar tembaga yang
menghubungkan kedua-dua gagang, penciptaan model asas itu menjadi perintis pada
teknologi komunikasi pada hari ini.
Seiring dengan peredaran masa,
penggunaan telefon juga dilihat semakin meluas dari masa ke masa. Hampir semua
penduduk di dunia dihubungkan melalui telefon, sama ada secara talian
menggunakan kabel besi tembaga, ataupun dihubungkan melalui selular.
Telefon-telefon di setiap kediaman atau pejabat kebanyakannya dihubungkan
melalui kabel besi tembaga, dan bagi telefon bimbit pula, ia menggunakan
selular sebagai medium penghubung untuk membolehkan telefon tersebut berfungsi.
Selular, salah satu dari ciptaan
teknologi yang berkait rapat dengan telekomunikasi, di mana ia dicipta untuk
kegunaan telekomunikasi. Selular merujuk kepada jaringan komunikasi yang
digunakan untuk teknologi perhubungan, dimana ia digunakan secara meluas untuk
kawasan yang mempunyai menara pemancar serta penerima gelombang selular. Untuk
penggunaan teknologi ini, telefon bimbit diperlukan oleh pengguna.
Teknologi selular digunakan
secara meluas dan beroperasi dengan menggunakan ‘Global System for Mobile
Communications’ (GSM), ‘Frequency Division Multiple Access’ (FDMA) dan ‘Code
Division Multiple Access’ (CDMA).
Kesemua jenis jaringan jalur lebar ini sudah disertakan dengan setiap
penciptaan telefon bimbit pada zaman ini. Setiap negara yang menggunakan
jaringan jalur lebar ini mempunyai nombor koding tersendiri. Seperti kita di
Malaysia, kita menggunakan jaringan GSM 900, GSM 1800 dan GSM 2100.
Jika ditanya pada setiap pemilik
telefon pintar, pasti ramai sudah tahu apa itu LTE dan 4G. 4G diistilahkan dari
generasi ke-4 untuk jalur lebar, dan LTE pula diistilahkan sebagai ‘Long-Term
Evolution’. Teknologi ini lebih pantas jika dibandingkan dengan jaringan jalur
lebar yang lain, dimana kadar muat turun and muat naik yang dilakukan mampu
mencecah kelajuan megabit sesaat, dibandingkan dengan 2G dan 3G yang mana hanya
ditakrifkan pada kadar kilobait sesaat. Ia digunakan secara meluas dari
sekecil-kecil telefon pintar, hinggalah sebesar komputer ‘desktop’. Sambungan jalur lebar 4G LTE
digunakan secara meluas pada masa kini dimana penggunaanya banyak digunakan
untuk kegunaan dalam kehidupan seharian sebagai contoh, membuat panggilan
video, pengaksesan kepada satelit GPS dan juga muat turun fail fail penting
serta penghantaran fail fail bersaiz besar untuk kegunaan korporat, mahupun peribadi.
Sekiranya jaringan jalur lebar 1G
memberi kebolehan untuk membuat panggilan telefon secara ‘wayarles’, 2G memberi
kelebihan untuk membolehkan mesej teks dapat dihantar antara pengguna telefon
bimbit, 3G memberi kemampuan kepada pengguna telefon bimbit untuk mengakses
internet tanpa had di mana jua, 4G memberi kemampuan optimum kepada pengguna
untuk pengstriman video serta akses kepada satelit GPS secara konstan,
bagaimana pula dengan 5G? Adakah ia lebih hebat daripada generasi jalur lebar
sebelumnya? Adakah ia akan memberi kemampuan baru kepada telefon bimbit
pengguna? Atau adakah ia mampu digunakan secara optimum untuk pembangunan
teknologi ‘Artificial Intelligence’?
Sebelum kita bergerak kepada
kegunaan penuh 5G, adalah lebih baik kita kenali terlebih dahulu apa itu 5G
secara mendalam. Teknologi 5G, yang mana dibangun serta dicipta dari jujukan
generasi jalur lebar sebelumnya, membawa maksud generasi ke-5 dalam pembangunan
teknologi jalur lebar. Sekiranya 4G mampu mencapai tahap kelajuan muat turun
pada kadar megabait sesaat, 5G pula diandaikan mampu mencecah tahap kelajuan
muat turun pada kadar gigabait sesaat, dimana ia tersangat pantas. Andaikan
anda memuat turun fail berkapasiti besar seperti perisian computer yang
kebiasaanya memakan ruang sebanyak 2 gigabait hingga 7 gigabait dengan
menggunakan sambungan jalur lebar 4G, anda memerlukan masa untuk proses muat
turun tersebut siap sepenuhnya dalam jangka masa 20 minit hingga 1 jam.
Bayangkan pula kelajuan yang dibawa oleh 5G ini membolehkan anda memuat turun
fail-fail berkapasiti besar tersebut dalam jangka masa 10 saat hingga 2 minit,
laju bukan?
Selain itu, sambungan secara
‘remote’ atau atas talian kepada sesuatu peranti yang sebelum ini menggunakan
teknologi jalur lebar 4G, memberi anda had kepada kawalan peranti peranti
tersebut. Hal ini kerana had kelajuan yang dibawa oleh 4G adalah masih rendah
dan perlahan, dimana sesetengah proses serta kegunaan secara ‘remote’ ke atas
peranti peranti tersebut menjadi terhad dan ada sesetengah dari proses-proses
tersebut menjadi tidak boleh dilaksanakan. Dengan 5G, berbekalkan kadar
kelajuan yang tinggi, limitasi serta had ke atas peranti-peranti tersebut dapat
dibuka dan dinyahaktifkan. Secara tidak langsung, sesetengah proses yang
sebelum ini tidak dapat dilaksanakan akan dapat dilaksanakan dengan adanya
teknologi 5G ini.
Selain itu, teknologi 5G juga
mampu membuka laluan untuk teknologi lain dicipta. Sebagai contoh, teknologi
Artificial Intelligence (A.I). Pada masa kini, teknologi ini sudah dapat dilihat
dan digunakan dalam beberapa perkara. Contoh paling mudah, penggunaan kamera
pada telefon pintar terkini, kebanyakan telefon pintar yang baru dikeluarkan
oleh pengilang mempunyai teknologi A.I yang mampu mengesan keadaan foto yang
ingin diambil dan menyesuaikan tetapan kamera kepada keadaan tersebut. Ini
dapat membantu pengguna untuk menghasilkan satu foto atau imej yang cantic
serta berkualiti dari kamera masing-masing tanpa memerlukan pengguna untuk
menekan sebarang butang, mahupun menetapkan sebarang tetapan pada kamera
masing-masing.
Namun begitu, perlu diingat
bahawa teknologi Artificial Intelligence ini masih belum dikembangkan serta
dibangunkan sepenuhnya atas faktor kajian serta limitasi dari bebearapa faktor.
Salah satu dari faktor-faktor tersebut adalah faktor jaringan jalur lebar yang
sedia ada. Teknologi jalur lebar 4G mampu memberi kelajuan yang pantas, namun
begitu masih belum cukup pantas untuk tujuan pembangunan serta kajian secara
meluas. Limitasi-limitasi kepada kajian seperti ini akan dapat disingkirkan
dengan adanya teknologi jalur lebar baru iaitu 5G.
Di era ini, peperangan merupakan
salah satu perkara yang amat digeruni oleh ramai penduduk di dunia. Peperangan
bukan sahaja memberikan negara keadaan yang kucar-kacir, malah tidak selamat
untuk didiami. Penduduk di negara yang dilanda peperangan tidak dapat menjalani
kehidupan seharian dengan tenang dan selamat, dek kerana risau akan keselamatan
diri serta keluarga untuk melakukan apa apa aktiviti mahupun keluar berkerja.
Boleh dikatakan hampir semua manusia tidak akan bersetuju sekiranya ditanya
adakah mereka mampu hidup dalam keadaan dilanda peperangan.
Baru-baru ini, hangat
diperkatakan mengenai isu berkait syarikat Huawei, dimana presiden Amerika
Syarikat, Donald Trump telah menyuarakan kebimbangan beliau terhadap teknologi
yang dimiliki syarikat tersebut, dan melemparkan tuduhan bahawa Huawei mampu
memberi ancaman keselamatan kepada mana-mana negara yang menggunakan
teknologi-teknologi dari syarikat kelahiran China tersebut. Isu tersebut
dibangkitkan selepas keluar ura-ura mengatakan bahawa Huawei sudah jauh melangkah
ke depan dalam pembangunan teknologi 5G. Lantaran isu yang dibangkitkan itu
juga menyebabkan beberapa syarikat besar teknologi terkenal di dunia menarik
diri dan membatalkan kerjasama dengan Huawei.
Di sebalik isu hangat tersebut,
apakah sebenarnya agenda presiden Amerika Syarikat? Adakah sememangnya benar,
Huawei memberi ancaman keselamatan kepada negara ataupun, hanya kerana mereka
merasa terancam dengan kemajuan teknologi yang dibangunkan oleh Huawei itu?
Jika dilihat pada nama 5G itu
sendiri, pasti ramai tidak menyangka bahawa teknologi jalur lebar yang dianggap
biasa didengar dan digunakan itu mampu memberi impak yang besar kepada negara
yang menggunakannya. Secara teorinya, teknologi tersebut memang mampu
memberikan kelebihan kepada pengguna serta negara yang mempunyainya. Namun
begitu, sejauh mana kebimbangan yang perlu kita lahirkan seiiring dengan
lahirya teknologi jalur lebar yang baru ini?
Seperti mana kita sedia maklum,
penggunaan teknologi dalam peperangan sudah sedia meluas dan canggih. Bermula
dengan kemampuan untuk memandu roket misil secara kawalan jauh untuk tujuan
serangan dan pengeboman, sehinggalah kepada kelahiran dron-dron yang mampu
dikawal dari beribu batu jauhnya untuk tujuan tinjauan dan juga serangan.
Dengan kehadiran teknologi 5G, kesemua teknologi peperangan ini dapat
dipertingkatkan lagi dan digunakan dengan lebih efisyen, tanpa perlu
merisikokan nyawa seorang atau sekumpulan tentera.
Sebagaimana yang kita bincangkan
sebentar tadi berkenaan teknologi Artificial Inteligence, teknologi ini
sudahpun diguna pakai dalam ‘warfare’, namun tidak begitu meluas lantaran
kondisi teknologi yang masih belum dibangunkan sepenuhnya. Namun begitu, adalah
diandaikan bahawa dengan hadirnya teknologi 5G, artificial intelligence mampu
dibangunkan sepenuhnya untuk tujuan keselamatan negara.
Berbalik kepada isu 5G dan
peperangan tadi, cukup banyak kegunaan serta kelebihan yang dibawa 5G untuk
tujuan ini. Pertamanya, teknologi 5G ini mampu memberi satu teknologi baru
untuk peperangan iaitu senjata hipersonik. Buat masa sekarang, beberapa negara
sedang cuba untuk membangunkan teknologi senjata ini. Antara negara tersebut
adalah China, Russia, Amerika Syarikat dan juga Perancis. Sebagai permulaan,
umum mengetahui bahawa dalam teknologi peperangan sekarang, yang wujud setakat
ini dan boleh dikatakan cukup canggih adalah teknologi supersonik, dimana ia
memberi kelebihan kepada jet pejuang untuk terbang pada kelajuan tinggi dan
tiba di destinasi pada waktu singkat berbanding jet pejuang biasa. ‘Supersonic’
adalah salah satu fenomena yang dikaitkan dengan hukum fizik, dimana sesuatu
objek bergerak lebih laju dari kelajuan bunyi, dan diistilahkan sebagai
supersonik.
Kelajuan hipersonik yang bakal
digunakan untuk tujuan peperangan adalah 2 kali ganda lebih pantas berbanding
supersonik, dimana kelajuan supersonik hanya mencecah kelajuan 1.2 mach hingga
5.0 mach. Manakala untuk hipersonik pula, ia mampu mencecah kelajuan 5.0 mach
hingga 10.0 mach, dimana ia menyamai 2 kali ganda kelajuan supersonik. Untuk
jet pejuang berkelajuan hipersonik ini, ia mampu terbang pada altitud lebih
tinggi dan mampu mencipta jalur penerbangan yang sukar untuk dikesan,
berbanding jet pejuang yang mempunyai teknologi supersonik.
Dengan hadirnya teknologi 5G,
sistem pertahanan sesuatu militari juga mampu dipertingkatkan dengan lebih
jitu. Sebarang operasi pengesanan juga mampu dilaksanakan dengan lebih baik,
tidak terkecuali sistem pengesanan yang digunakan oleh armada perang laut atau
darat mampu mengesan kehadiran atau pencerobohan kedalam ruang angkasa atau
darat dengan lebih pantas berbanding sebelumnya. Serangan balas, atau operasi
pengusiran juga dapat dilaksanakan sejurus pengesanan dilakukan.
Di samping itu juga, tapak
pertahanan sesuatu negara itu juga mampu bertindak serta dipertahankan dengan
lebih baik, tentunya dengan kehadiran teknologi 5G. Sistem pemantauan kamera
litar serta mekanisma pertahanan automatik juga dapat dilaksanakan pada kadar
lebih optimum dimana, kondisi ‘real-time’ dapat diperoleh oleh para tentera.
Tiada lagi masalah arahan atau ‘command’ diperoleh pada waktu yang lewat, di
samping memastikan sebarang isyarat atau mesej dapat dipintas oleh pihak musuh,
lantaran gelombang frekuensi 5G adalah terdiri dari jenis milimeter
jarak-pendek, dimana ia tidak akan dapat dilangkau oleh pihak-pihak tertentu
tanpa keizinan.
mMtc (massive Machine Type
Communications), adalah satu invensi baru dalam era ‘Advanced Warfare’ masa
kini. Teknologi mMTC ini membolehkan berjuta peranti peperangan dapat disambung
dengan baik, tanpa mengambil kira berapa jauh jarak dari pemancar atau ibu
pejabat. Secara tidak langsung, ini juga akan membuka laluan kepada sistem
biometrik buat tentera, dimana keadaan tentera dipantau dari jarak jauh dengan
mengambil kira posisi, kadar degupan jantung, tekanan darah dan juga stamina
tentera-tentera tersebut. Tidak terkecuali, sistem ‘Advanced Goggle Vision’
juga dapat dimanfaatkan oleh tentera dimana, musuh dapat dipantau keadaan
kesihatannya ketika pertempuran.
Selain peperangan menggunakan
senjata serta kelengkapan yang canggih, 5G juga mampu memeberi nafas baru
kepada peperangan siber. Kebolehan untuk memuat naik dan memuat turun dengan
pantas mampu memberi ‘First-Hand opportunity’ kepada negara negara yang
memiliki teknologi ini. Pelbagai jenis serangan secara siber dapat dilancarkan.
Sekiranya anda seorang peminat
setia francais filem ‘Fast and Furious’, anda pastinya pernah menonton satu
babak dalam sekuel ke-8 filem tersebut iaitu The Fate of The Furious, dimana
Cypher, watak yang dilakonkan oleh Charlize Theron dilihat membuat serangan
secara siber. Dalam babak tersebut, Cypher telah melakukan penggodaman ke atas
semua jenis kenderaan yang mempunyai sistem komputer serta A.I, dimana kesemua
kenderaan tersebut mampu dikawal dari jarak jauh dan mengenepikan kawalan dari
pemandu dalam kenderaan tersebut sendiri sehingga menyebabkan insiden insiden
kemalangan berskala besar serta porak-peranda dalam kawasan bandar. Babak ini
bukan hanya fiksyen semata-mata, ia mampu menjadi realiti dengan adanya 5G.
Penggodaman dapat dilakukan dengan lebih pantas dan menyeluruh tanpa mengira
keadaan peranti serta alatan yang ingin digodam itu.
Pernahkah anda mendengar nama
‘Project Maven’? Kedengaran seperti satu nama projek yang biasa bukan? ‘Project
Maven’, adalah satu projek yang dilaksanakan dan masih dalam peringkat kajian
oleh kerajaan negara Amerika Syarikat, dimana ia bertujuan untuk sistem
pertahanan negara dan pastinya, untuk satu sistem serangan perang secara siber.
Pada zaman ini, memiliki peralatan serta senjata perang yang canggih dan ganas
tidak lagi mampu menjamin kemenangan sesuatu pihak. Sebaliknya, kemajuan
teknologi yang menjana kesemua senjata tersebut adalah lebih penting.
Secara ringkasnya, ‘Project
Maven’ ini adalah satu projek dimana algoritm computer dicipta dan disusun
khusus, untuk pertahanan serta serangan penggodaman. Proses penciptaan dan
penyelarasan projek ini dilaksanakan oleh syarikat teknologi terkenal Amerika
Syarikat iaitu Marine Corps. Kata pengarah syarikat tersebut Colonel Drew
Cukor, projek Maven ini dilaksanakan dengan menyusun satu set algoritm,
menggunakan 75 jalur koding Python, dan ia disimpan dalam satu perisian yang
ampuh.
Pada asalnya, penyelidikan
berkenaan projek Maven ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu mengurangkan
beban kerja yang perlu dihadapi oleh pekerja-pekerja teknologi perkomputeran di
negara tersebut. Namun begitu, selepas diuji dan siap dibina, mereka
berpendapat bahawa sistem Maven tersebut perlu diintegrasikan dan digunakan
oleh sistem ketenteraan negara tersebut, lantaran struktur koding serta jalur
sekuriti yang terkandung dalam sistem tersebut mampu digunakan untuk tujuan
ketenteraan. Selain menawarkan perlindungan yang ampuh, projek Maven juga
memberi keupayaan kepada sistem persenjataan dimana ‘Artificial Intelligence’
yang dibina untuk tujuan peperangan dapat diintegrasikan kedalam senjata serta
kelengkapan tentera dengan baik. Projek Maven juga mampu digunakan untuk tujuan
penggodaman, dimana godam-balas oleh sistem yang digodam tidak akan dapat
dilakukan secara mudah. Di sini, kelebihan di ruang siber akan lebih berpihak
kepada pihak yang memiliki ‘Maven’. Namun begitu, perlu diingat bahawa dunia
siber amat luas dimana, pintasan koding serta penggubahan koding akan dapat
dilaksanakan seandainya perisian tersebut mempunyai kelemahan yang dapat
dikesan.
Perang biologi juga dapat
dilancar oleh pihak yang memiliki teknologi ini. Sebagaimana kita ketahui,
rata-rata aktiviti dalam kehidupan seharian kini dipenuhi dengan teknologi,
termasuklah di institusi institusi kesihatan dan perubatan. Ramai pesakit yang
dipantau dan dibantu oleh sistem perkomputeran. Seandainya teknologi 5G ini
hadir, tidak mustahil akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencuba untuk
melancarkan perang biologi dengan hanya menyahaktifkan peralatan peralatan
perubatan ini dengan menggodam dari jarak jauh. Akibatnya? Ramai pesakit yang
akan gagal dibantu oleh sistem computer perubatann yang mana seterusnya, akan
menyebakan kematian berskala besar.
Tidak terkecuali dari perang
biologi ini adalah telefon bimbit yang banyak digunakan oleh penduduk dunia.
Caranya? Mudah sahaja. Menurut artikel yang ditulis oleh Oisin Curran pada
laman ‘How Stuff Works’, penggodaman hanya perlu dilakukan pada telefon telefon
tertentu, seterusnya mengubah gelombang frekuensi pada peranti peranti
tersebut. Gelombang frekuensi yang terlalu tinggi mampu memberi kesan kesihatan
yang teruk kepada manusia dimana, ia mampu mengganggu fungsi-fungsi organ
penting dalam badan. Sebagai contoh, otak manusia mampu berfungsi dengan baik sekiranya
individu tersebut berada di kawasan yang berfrekuensi tidak lebih dari 20
hingga 20,000 hertz.
Namun begitu, pada frekuensi 19
hertz, sistem badan sudah mula terganggu dimana otak akan mula mengalami
gangguan akibat getaran, dimana ia akan memberi kesan kepada sistem saraf
seterusnya dan ketika inilah, kegagalan sistem saraf untuk berfungsi dengan
baik akan menyebabkan organ-organ lain untuk turut gagal berfungsi. Selain itu
juga, gangguan pada frekuensi telefon juga mampu menyebabkan telefon untuk
memancarkan gelombang radiasi elektromagnetik yang lebih dari kadar sepatutnya.
Lebih memburukkan keadaan, para pesakit yang menerima implan jantung elektrik
di dalam badan. Jantung elektrik lebih mudah terganggu dengan gelombang
frekuensi dimana ia mampu berhenti berfungsi serta merta tanpa memerlukan masa
yang lama. Akibatnya? Pembunuhan berskala besar dapat dilakukan dengan mudah
tanpa sebarang pelancaran atau tembakan misil dari jarak jauh.
KESIMPULAN
Pada dasarnya, kemunculan
teknologi 5G ini mampu memberi banyak manfaat serta kelebihan kepada kita dalam
kehidupan seharian. Pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik dan
efisyen. Namun begitu, jika disoal adakah ia mampu memberi lebih banyak
keburukan dari manfaat, jawapannya adalah bergantung kepada pemilik serta
pengguna teknologi tersebut. Tidak dinafikan, dengan hadirnya teknologi 5G,
jaringan teknologi perhubungan serta telekomunikasi mampu dinaiktaraf dan
dipertingkatkan kepada taraf yang lebih baik. Namun begitu, berdasarkan apa
yang diteorikan oleh para pengkaji serta pelopor teknologi, teknologi jalur
lebar 5G ini mampu menjadi satu alat untuk mendominasi kuasa dan lebih buruk
lagi, ia mampu menyebabkan keadaan perang yang jauh lebih teruk berbanding
waktu dahulu.
5G: Hanya Sekadar Teknologi atau Alat Mendominasi?
Reviewed by Admin
on
8:15 AM
Rating:
No comments