PERANG ANTARA HUAWEI DAN SYARIKAT SYARIKAT GERGASI TELEKOMUNIKASI
Teknologi pada hari ini telah memainkan peranan besar dalam
kehidupan setiap individu. Dari seawal membuka mata sehinggalah menutup mata
pada dinihari, boleh dikatakan 80% daripada kehidupan seharian dipenuhi dengan
penggunaaan teknologi. Dari penyediaan sarapan, pengaturan jadual mesyuarat,
perhubungan komunikasi seharian, hinggalah menetapkan waktu jam loceng di
telefon sebelum tidur, semua aktiviti tesebut dipenuhi dengan penggunaan
teknologi.
Sebahagian besar dari penggunaan teknologi- teknologi
tersebut adalah dirangkumi oleh telefon pintar serta tablet. Umum mengetahui
bahawa kedua-dua peranti tersebut adalah paling efisyen serta kondusif untuk
digunakan. Dari sebesar 3 inci di dalam tangan hinggalah kepada saiz yang
memerlukan penggunaan kedua-dua belah tangan, ramai individu menggunakannya
secara meluas dalam kehidupan.
Umum mengetahui, pelbagai jenama serta jenis model telefon
pintar serta tablet kini berada di pasaran. Daripada rekabentuk yang futuristik
hinggalah kepada julat harga mampu milik oleh semua orang, semuanya mampu
didapati dengan mudah samaada dari kedai penjualan gajet pintar hinggalah
pembelian secara atas talian. Sebagaimana pesat tekonologi berkembang, begitu
jugalah sebagaimana pantas sesuatu berita serta isu semasa bergerak dalam arus
kehidupan.
Jika disoal kepada semua individu, pasti ramai mengenali
satu jenama yang tidak asing lagi dalam pasaran gajet pintar, iaitu Huawei.
Jenama ini telah mengorak langkah yang begitu jauh dalam dunia pasaran telefon
serta gajet pintar. Bermula dengan hanya pembuatan modem untuk kegunaan jalur
lebar, kini Huawei boleh dikatakan satu jenama yang gah, yang kini dikenali
kerana prestasi kamera yang dihasilkan pada setiap pengeluaran telefon dari
syarikat tersebut yang cukup unggul.
Kerjasama antara Huawei dan juga pengeluar terbesar jenama
lensa kamera di dunia, Leica telah menjadi satu batu loncatan yang cukup besar
bagi Huawei, di mana penjualan setiap telefon keluaran syarikat tersebut yang
dilengkapi dengan lensa dari Leica mencatat rekod jualan lebih 1 juta di serata
dunia. Pengguna dihidangkan dengan prestasi kamera yang cukup unggul, serta
antara-muka pada telefon Huawei yang memudahkan serta cukup mesra pengguna.
Namun begitu, pada 7 Jun 2019, Huawei dipalit kontroversi
hangat yang dicanang di serata dunia, berkenaan pencerobohan privasi pengguna
yang ditularkan oleh pihak Facebook. Tidak cukup dengan dakwaan berat tersebut,
Huawei turut dituduh oleh Google, bahawa syarikat tersebut berpotensi untuk
memberikan ancaman kepada keselamatan negara.
Sehingga kini, Huawei telah dipalit dengan beberapa kes
pembatalan perjanjian, dari Google, Qualcomm dan paling baru, Intel. Berikut
merupakan kronologi kes berkaitan isu dengan Huawei:
Kronologi kes:
2018
Ini merupakan tahun yang agak teruk bagi Huawei, dimana
segala isu berkaitan syarikat ini bermula dari titik tolak dimana syarikat
telekomunikasi AT&T bertindak untuk membatalkan perjanjian untuk menjual
telefon dari syarikat Huawei. Tidak lama kemudian, sebuah syarikat
telekomunikasi dari Amerika Syarikat iaitu Verizon Wireless menggugurkan Huawei
dari posisi sebagai pembekal rasmi telefon kepada syarikat tersebut. Keadaan
bertambah teruk untuk Huawei apabila keluar satu kenyataan dari pihak Donald
Trump, presiden Amerika Syarikat terkini yang menyatakan bahawa Huawei mampu memberi
ancaman kepada keselamatan negara, sejurus selepas Huawei membuat pengumuman
untuk penghasilan teknologi 5G dari syarikat mereka.
Sejurus selepas beberapa pembatalan perjanjian dari
syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat, Australia turut menurut jejak yang
sama, apabila mula mengharamkan pembekalan dari syarikat Huawei untuk kemajuan
teknologi 5G di negara mereka, turut diikuti New Zealand. Kondisi semakin
merosot untuk syarikat gergasi telekomunikasi China tersebut apabila salah satu
negara dari asia iaitu Jepun, turut mengharamkan kemasukan serta penjualan
peranti dari Huawei di negara mereka.
Pada tahun ini juga, Meng Wanzhou, pengarah kewangan untuk
syarikat Huawei telah ditahan di Vancouver oleh pihak FBI berikutan tuduhan beliau
bertanggungjawab atas tuduhan pencerobohan privasi oleh pihak Huawei. Lebih
memburukkan keadaan, pihak berkuasa dari China pula melakukan penahanan ke atas
dua orang warganegara Kanada. Namun begitu, kedua-dua negara bersetuju untuk
memeterai perjanjian damai selama 90 hari, di antara negara China dan Amerika
Syarikat.
2019
Pihak berkuasa Poland telah melakukan penangkapan ke atas
seorang pekerja Huawei atas tuduhan berlakunya pengintipan dari pekerja
tersebut dan turut dikeluarkan satu kenyataan media dari pihak Poland, samaada
mereka akan bersetuju untuk menggunakan teknologi dari negara China atau tidak
untuk teknologi 5G di negara mereka.
Amerika syarikat kembali menghangatkan isu berkaitan Huawei,
apabila pada 20 Mei 2019, syarikat syarikat seperti Google, Intel, Qualcomm,
Arm dan juga SD Association mengumumkan bahawa mereka menyokong tindakan
kerajaan Amerika Syarikat dan mula menghentikan perjanjian serta urusan dengan
Huawei. Negara-negara eropah sebenarnya telah bercadang untuk menetapkan
hukuman serta syarat yang lebih ketat ke atas Huawei, berbanding hanya
mengharamkan kemasukan peranti dari syarikat tersebut ke megara negara di
eropah.
Namun begitu, Huawei tidak hanya berdiam diri dan akur
dengan segala tuduhan dan tindakan yang dilakukan ke atas syarikat tersebut.
Sejurus selepas Google menarik balik perjanjian kerjasama antara mereka, Huawei
mengeluarkan satu kenyataan media, di mana mereka memebri jaminan kepada para
pengguna peranti mereka bahawa servis dari mereka serta keboleh-gunaan peranti
peranti tersebut tidak akan berkubur begitu sahaja. Huawei mengumumkan bahawa
mereka akan membina pelantar operasi mereka sendiri yang diberi nama HongMeng
O.S. Berita tersebut mendapat pelbagai reaksi dari penyokong serta pengguna
setia peranti mereka, dimana pelbagai jangkaan serta harapan dinyatakan.
Pelbagai jangkaan terhadap prototaip pelantar sistem tersebut di keluarkan.
Pengumuman pengeluaran pelantar terbaru tersebut memberi
nafas lega dan mungkin, nafas baru kepada para pengguna peranti Huawei di
seluruh dunia. HongMeng O.S dijangkakan akan lebih efisyen dan pantas, selain
daripada mengekalkan kebolehan para pengguna untuk mengakses aplikasi-aplikasi
yang dibina dari pelantar Android. Huawei memberi gambaran, bahawa mereka akan
mula membina satu laman yang sama seperti Playstore, yang dimiliki oleh Google
pada peranti mereka, iaitu Android. Di samping itu, penjenamaan semula HongMeng
O.S kepada Ark O.S juga memberi gambaran serius kepada para pengguna di seluruh
dunia bahawa Huawei optimis dan yakin untuk berdiri di atas kaki mereka sendiri
tanpa mengharapkan kemampuan dari syarikat syarikat lain untuk membina satu
pelantar yang baik.
Dijangkakan tarikh rasmi untuk pengeluaran sistem operasi
Ark dari Huawei ini adalah pada awal tahun 2020 untuk pasaran global, manakala
bagi pengguna-pengguna di negara China, mereka boleh menikmati pelantar operasi
sistem tersebut lebih awal, iaitu jangkaan pada penghujung tahun 2019.
KESIMPULAN
Isu-isu penarikan balik perjanjian bisnes di antara Huawei
serta syarikat syarikat pembekal di Eropah yang dimulakan oleh dakwaan dari
pihak kerajaan Amerika Syarikat tidak dilihat hanya sebagai ‘penyuaraan
kebimbangan’ mereka semata-mata. Namun, ia dilihat sebagai usaha terdesak dari
Amerika Syarikat apabila satu negara dari asia mampu membangunkan sistem 5G
mereka lebih dahulu daripada negara maju seperti mereka. Selain memberi ancaman
secara halus, ia juga dipandang sebagai salah satu usaha dari pihak Amerika
Syarikat untuk menjatuhkan kadar keuntungan Huawei, yang kini telah mendahului
syarikat-syarikat telekomunikasi dari negara Eropah seperti LG dan Motorola.
Namun begitu, kemampuan Huawei untuk berdiri sendiri tanpa
mengharap bantuan dari syarikat pembekal telekomunikasi lain ternyata membuka
mata di seluruh dunia bahawa sifat takut akan ancaman dari kuasa kuasa besar
negara di dunia perlu di hapuskan. Mereka juga optimis dalam melakukan sesuatu
usaha untuk menyelamatkan perniagaan serta pelanggan mereka dari mengalami
kerugian besar, dimana ia berkemungkinan akan menjadi titik akhir kepada
Huawei, dalam kemandirian mereka dalam dunia perniagaan.
PERANG ANTARA HUAWEI DAN SYARIKAT SYARIKAT GERGASI TELEKOMUNIKASI
Reviewed by Admin
on
2:50 PM
Rating:
No comments