Benarkah Penahanan Najib satu sandiwara Pakatan Harapan?

Kenapa perlu tangkap Najib sedangkan beliau telah memberikan kerjasama dengan SPRM sebelum ini?


Penahanan Najib satu sandiwara Pakatan Harapan



PUTRAJAYA - Seramai 30 penyokong melibatkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tanda solidariti kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berkata, himpunan tersebut sebagai bantahan terhadap tangkapan terhadap Najib petang tadi.


Beliau turut melabel tangkapan oleh SPRM itu sebagai satu sandiwara oleh kerajaan Pakatan Harapan.


Lokman Noor Adam berucap dalam himpunan solidariti tanda sokongan kepada Najib di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
"Kenapa perlu tangkap Najib sedangkan beliau telah memberikan kerjasama dengan SPRM sebelum ini?

"Ada unsur khianat terhadap Najib yang cuba dilakukan sekarang ini. Malah, saya yakin Najib tidak akan didakwa bersalah atas tuduhan Pakatan Harapan sebelum ini yang mengaitkan dengan RM2.6 bilion wang 1MDB sebaliknya dengan kesalahan kecil seperti RM46 juta duit SRC International.Kita nak jelaskan duit itu ada unsur khianat dan kita percaya bukan salah Najib," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN : Najib dijangka hadapi 10 pertuduhan]

[ARTIKEL BERKAITAN : SPRM tahan Najib, dibawa ke Putrajaya]

Najib ditahan sepasukan pegawai SPRM di kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta dipercayai untuk siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad dan SRC International, sebentar tadi.

Difahamkan, beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok.

Sementara itu, himpunan yang berlangsung selama dua jam bermula 9 malam itu turut menyalakan lilin selain menyanyikan lagu ALLAH selamatkan Najib.

Laungan kita lawan turut dilaungkan oleh NGO tersebut.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/penahanan-najib-satu-sandiwara-pakatan-harapan-1.852213
Benarkah Penahanan Najib satu sandiwara Pakatan Harapan? Benarkah Penahanan Najib satu sandiwara Pakatan Harapan? Reviewed by admin on 11:25 PM Rating: 5

No comments