Benarkah DAP Tak Puas Hati Kerana Dr M Tidak Lantik Pemimpinnya?
akan menjadi agenda apabila jawatankuasa pusat bermesyuarat
Penyokong DAP tak puas hati Nga, Chong tak jadi menteri
Jawatankuasa eksekutif DAP pusat dijangka membincangkan cara menangani bidasan susulan kegagalan pemimpinnya, Nga Kor Ming dan Chong Chieng Jen dilantik menganggotai barisan kabinet Pakatan Harapan.Menurut pelbagai sumber parti, ada ketidakpuasan hati di kalangan penyokong dan akar umbi parti. Rasa tidak puas hati berkenaan disebut akan menjadi agenda apabila jawatankuasa pusat bermesyuarat pada Rabu ini, kata sumber itu.
Pada kempen pilihan raya 9 Mei, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan kedua-dua pemimpin berkenaan akan dilantik sebagai menteri kabinet sekiranya mereka dipilih ke Dewan Rakyat dan apabila HARAPAN membentuk kerajaan.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, akhirnya, hari ini melantik Chong sebagai timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna. Namun tiada sebarang jawatan diberikan kepada Nga.
Chong adalah ahli parlimen selama empat penggal dan ADUN selama tiga penggal manakala Nga pula menjadi ADUN di Perak selama lima penggal dan ahli parlimen selama tiga penggal. Mereka masing-masing mengetuai DAP negeri Sarawak dan Perak.
Terdapat lebih banyak ahli parlimen DAP muda yang berada dalam barisan kabinet Mahathir termasuk ahli parlimen selama tiga penggal Gobind Singh Deo dan ahli parlimen pertama kali, Yeo Bee Yin.
Mahathir hari ini memberitahu pemberita di Istana Negara bahawa tiga lagi menteri akan dilantik menjadikan keseluruhan barisan kabinetnya kepada 29 orang menteri. Katanya, pelantikan tiga menteri itu hanya boleh dibuat selepas mereka mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara.
Ketika dihubungi, Nga berkata beliau tidak akan memberi sebarang ulasan dan sebaliknya meminta Malaysiakini merujuk kepada hantarannya di Twitter.
View image on TwitterView image on Twitter
Nga Kor Ming
@NgaKorMing
My sincere gratitude to all who love & support me irregardless of raining or shiny day. Please continue to support Pakatan HARAPAN government led by our PM @chedetofficial to rebuild our nation. 由衷感谢所有爱我与支持我的人,请大家继续支持希盟政府,一起重建我们挚爱的马来西亚。🇲🇾
"Saya berterima kasih kepada semua yang menyayangi dan menyokong saya tanpa mengira sama ada hujan atau hari yang cerah. Tolong terus menyokong kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh PM kita untuk membina semula negara ini," ciapnya.
Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/432336
Benarkah DAP Tak Puas Hati Kerana Dr M Tidak Lantik Pemimpinnya?
Reviewed by admin
on
7:37 AM
Rating:
No comments