Benarkah Pakatan Harapan Guna Strategi SEMUA SALAH NAJIB?
Najib pun sudah bosan dengan alasan SEMUA SALAH NAJIB
Hentikan SOP ‘semua salah Najib’
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa agar Pakatan Harapan menghentikan menggunakan alasan ‘semua salah Najib’.
Dakwanya, Harapan seolah-olah menjadikan alasan itu sebagai prosedur standard operasi (SOP), bagi mereka menjawab sesuatu isu.
Katanya, alasan seumpama ini adalah tidak adil bagi rakyat apatah lagi, mereka mengharapkan yang lebih baik dari kerajaan baharu.
“Pada ketika ini, hanya tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Parlimen bermula, identiti Tuan Yang Dipertua masih lagi belum dikenal pasti dan ini menjurus kepada pelbagai debat awam terhadap siapakah yang akan mengisi jawatan itu.
“Parlimen adalah badan tertinggi negara ini. Adakah Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ini dipatuhi? Jika tidak mampu mematuhi peraturan badan tertinggi negara, bagaimana mahu mengakui bahawa kerajaan baharu ini mentadbir berasaskan kepada kedaulatan undang-undang (Rule of Law)?
“Sekarang terdapat debat dan persoalan di kalangan rakyat, ahli-ahli politik dan NGO-NGO, jika keluhuran undang-undang telah dipatuhi dan siapakah paling layak dilantik sebagai Yang DiPertua Speaker,” katanya dalam Facebooknya.
Najib memetik Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran apabila mendakwa pihak yang mengajukan keresahan ini hanya mensensasikan isu pelantikan bagi mengalih perhatian terhadap penindasan politik terhadap beliau.
Katanya, beliau bukan lagi perdana menteri atau berada dalam kerajaan yang mentadbir.
“Kenapa pula saya dipersalahkan terhadap isu pelantikan speaker ini?" katanya.
Katanya, ia sama seperti cerita hutang negara RM1 trilion kerajaan Harapan bersandarkan definisi sendiri yang tiada negara lain dalam dunia gunakan.
“Nama saya terus diperalatkan sebagai alasan serta dipersalahkan setiap kali kerajaan Pakatan gagal mentadbir dengan baik atau gagal menunaikan janji manis manifesto mereka,” katanya.
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/hentikan-sop-semua-salah-najib-1.856267
Benarkah Pakatan Harapan Guna Strategi SEMUA SALAH NAJIB?
Reviewed by admin
on
2:23 PM
Rating:
No comments