Benarkah Menteri Akui Mustahil Mansuh Tol Dalam 100 Hari?

pemansuhan tol mengambil masa dan tidak semestinya dalam tempoh 100 hari.



‘Agak mustahil’ mansuh tol dalam masa 100 hari, kata timbalan menteri

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir berpandangan adalah “agak mustahil” untuk memansuhkan tol dengan hanya tinggal kurang daripada 50 hari daripada 100 hari janji Pakatan Harapan (PH) untuk melakukannya.



Beliau berkata, pemansuhan tol mengambil masa dan tidak semestinya dalam tempoh 100 hari.

“Banyak aspek dari segi perundangan dan sebagainya mesti diambil kira sebelum proses itu boleh berjalan.


“Cuma jangkaan berharap (pemansuhan tol) boleh berlaku dalam tempoh beberapa hari. Agak mustahil,” katanya ketika dihubungi FMT baru-baru ini.

PH dalam manifestonya sebelum pilihan raya umum Mei lepas antara lain menjanjikan pemansuhan tol secara berperingkat.

Dalam manifestonya juga, PH juga berjanji akan mengambil alih konsesi tol dengan memberi pampasan yang adil kepada syarikat yang berkaitan.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Temerloh dariada parti Amanah itu bagaimanapun berkata, mereka tetap komited dengan janji untuk memansuhkan tol.

“Kita rasa rakyat sudah cukup lama dibebani oleh tol ini. Cuma tidak semudah itu, ia adalah perkara besar melibatkan wang berbilion ringgit, melibatkan ribuan orang yang bekerja dan sebagainya.

“Tapi komitmen tetap komitmen. Cuma kita akan lakukan sepertimana yang kita sebut secara berperingkat dan secara berstruktur. Ia akan berlaku dalam tempoh 5 tahun tempoh pentadbiran kita,” katanya.

Anuar berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa mengenai isu pemansuhan tol.

“Kabinet akan membincangkan isu ini dari semasa ke semasa dan sebarang tindakan yang akan diambil akan diberitahu kepada media,” katanya.

Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/12/agak-mustahil-mansuh-tol-dalam-masa-100-hari-kata-timbalan-menteri/
Benarkah Menteri Akui Mustahil Mansuh Tol Dalam 100 Hari? Benarkah Menteri Akui Mustahil Mansuh Tol Dalam 100 Hari? Reviewed by admin on 8:37 AM Rating: 5

No comments