MSM catat niaga hadapan tertinggi sejak 2008


Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan pada paras mencecah lebih RM3,900 satu tan iaitu yang tertinggi dalam tempoh 13 tahun sejak 3 Mac, 2008 pada Rabu lalu.


Peningkatan dagangan itu didorong oleh laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengenai paras simpanan MSM dalam negara yang lebih rendah daripada jangkaan awal.


Harga tertinggi MSM yang dicatatkan sebelum ini mencecah RM4,330 satu tan pada bulan Mac, 2008 yang lalu.


Sentimen positif di pasaran disebabkan oleh faktor pasaran yang menjangkakan angka simpanan MSM yang lebih tinggi namun laporan rasmi MPOB menyatakan sebaliknya kata Peniaga Minyak Sawit David Ng.


“Paras sokongan direkodkan pada RM3,950 satu tan manakala paras rintangan pada RM4,050 satu tan,” ujarnya.


Jumlah dagangan meningkat kepada 72, 284 lot berbanding 64,155 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menokok kepada 263, 274 kontrak daripada 252,486 kontrak, sebelum ini.    


Sewaktu dagangan ditutup, kontrak niaga hadapan Mac 2021 naik RM47 kepada RM4,122 satu tan, April 2021 meraih RM76 kepada RM4,104 satu tan, Mei 2021 menokok RM59 kepada RM3,974 satu tan manakala Jun 2021 meningkat RM60 kepada RM3,839 satu tan.


Harga fizikal MSM bagi Mac Selatan naik daripada RM30 kepada RM4,100 satu tan.

MSM catat niaga hadapan tertinggi sejak 2008 MSM catat niaga hadapan tertinggi sejak 2008 Reviewed by admin on 1:11 PM Rating: 5

No comments