MalaysiaKini Didenda RM500,000 Kerana Menghina Mahkamah


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini sebentar tadi mendenda Malaysiakini sebanyak RM500,000 kerana menghina mahkamah, tahun lalu.


Hakim Tan Sri Rohana Yusuf memutuskan demikian antaranya mengambil kira komen-komen menghina mahkamah yang diterbitkan di portal terbabit telah tersebar di negara ini dan juga boleh diakses di luar negara.


Terdahulu, Mahkamah Persekutusan dengan keputisan majoriti 6-1 memutuskan portal itu telah menghina mahkamah kerana menerbitkan komen yang tidak wajar di laman sesawangnya.


Pada 17 Jun 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan sebelah pihak Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom Sdn. Bhd., syarikat yang mengendali portal berita Malaysiakini dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan.


Pada 2 Julai tahun lalu, Mkini Dotcom dan Gan gagal mengetepikan kebenaran yang diperoleh Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap mereka.


Peguam Negara memohon kebenaran untuk memulakan prosiding itu terhadap Mkini Dotcom dan Gan berkaitan komen lima pembaca mengenai satu artikel yang disiarkan Malaysiakini pada 9 Jun bertajuk ‘CJ orders all courts to be fully operational from July 1’ yang didakwa bersifat menghina. – UTUSAN ONLINE

MalaysiaKini Didenda RM500,000 Kerana Menghina Mahkamah MalaysiaKini Didenda RM500,000 Kerana Menghina Mahkamah Reviewed by admin on 12:25 PM Rating: 5

No comments