Sawit Anugerah Tuhan: Kepentingan Industri Sawit

Hasil utama daripada sawit adalah minyak sawit dan ianya telah menyumbang 35% kepada pasaran minyak sayuran dunia. Terdapat empat faktor yang menyebabkan industri komoditi ini begitu penting bukan sahaja buat pengusaha dan pengguna, malah kepada ekonomi negara.

1.Kecekapan

Penuaian sepanjang tahun, pokok kelapa sawit menghasilkan purata 10 tan buah per hektar jauh lebih banyak daripada tanaman soya, kanola dan bunga matahari. Ini bermaksud kelapa sawit memerlukan 10 kali lebih sedikit tanah daripada tiga tanaman penghasil minyak utama yang lain, soya, kanola dan bunga matahari.

2.Kepelbagaian hasil

Permintaan minyak sawit terus meningkat kerana sawit merupakan minyak sayuran yang mempunyai kepelbagaian kegunaan. Sawit yang diproses pada konsistensi berbeza mampu menghasilkan berbagai jenis produk. Bahagian sawit yang lain juga seperti batang dan pelepah sawit boleh digunakan bagi menghasilkan produk lain seperti barang binaan serta sumber biomas.

3.Sumber makan kepada penduduk dunia

Pada bulan November 2018, populasi global mencapai 7 bilion dan menjelang 2050 dijangka akan meningkat sebanyak 2 - 3 bilion. Oleh kerana kelapa sawit adalah tanaman minyak paling cekap yang ada, ia menjadi komoditi penting sebagai sumber makan kepada orang ramai yang semakin bertambah di seluruh dunia. Kepentingan minyak sawit dapat dilihat dengan jelas apabila ramai pengguna di negara-negara membangun bergantung kepada minyak sawit sebagai medium bagi memasak kerana harga yang murah dan sumber bekalan yang tersedia.

4.Penyumbang ekonomi negara

Sektor perladangan memainkan peranan amat penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia disebabkan negara ini antara pengeksport utama minyak sawit dan getah dunia. Hasil eksport daripada minyak sawit dan produk minyak sawit tahun 2021 dijangka meningkat sebanyak 2.4 peratus kepada RM74 bilion berbanding RM72.30 bilion yang dicatatkan pada 2020.
Sawit Anugerah Tuhan: Kepentingan Industri Sawit Sawit Anugerah Tuhan: Kepentingan Industri Sawit Reviewed by admin on 8:11 PM Rating: 5

No comments