Proton X50 terima penarafan lima bintang ASEAN NCAP


Model kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton, X50 telah dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia secara rasmi pada 27 Oktober 2020. Walaupun baru sahaja dilancarkan secara rasmi, tempahan bagi model tersebut sudah melebihi 20,000 unit. 


Situasi ini amat luar biasa kerana kebiasaanya, pembeli akan mula menempah kenderaan apabila mereka sudah melihat sendiri dan memandu uji sendiri kenderaan tersebut. Difahamkan harga permulaan bagi Proton X50 bermula pada RM 79,200.


Bagi model Proton X50, terdapat empat varian yang disediakan dan enam warna pilihan iaitu snow white, armour silver, jet grey, ocean blue, passion red dan citric orange. Harga bagi varian Standard (RM 79,200), Executive (RM 84,800), Premium (RM 93,200) dan Flagship (RM103,300). 


Bagi tiga varian pertama, setiap model dikuasakan dengan enjin 1.5 liter turbo manakala varian flagship dikuasakan enjin 1.5 liter TGDI dan digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DCT.


Enjin Proton X50 yang dibangunkan bersama Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) dan Volvo Cars ini turut menerima penarafan lima bintang oleh ASEAN NCAP.


Bagi ciri keselamatan, ia dilengkapi sehingga enam beg udara, kamera undur, kamera 360 darjah untuk varian premium dan flagship serta advanced driver assistance system yang ditawarkan untuk varian flagship sahaja.


Selain itu, antara ciri menarik yang ditawarkan ialah pengguna boleh menghidupkan enjin dan penyaman udara di telefon pintar mereka menggunakan aplikasi PROTON Link.

Proton X50 terima penarafan lima bintang ASEAN NCAP Proton X50 terima penarafan lima bintang ASEAN NCAP Reviewed by admin on 3:49 PM Rating: 5

No comments